Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung insiden yang dihadapi tonggak skuad bola sepak negara, Muhammad Faisal Abdul Halim.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Faisal disimbah cecair yang dipercayai bahan asid ketika berada di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kota Damansara.

Baca Juga:

Insiden yang berlaku kira-kira jam 5.00 petang itu menyebabkan beliau mengalami lecur tahap dua, menurut sumber laporan BH Online.

Dapat disaksikan kian tular di media sosial pada ketika ini, para peminat memberikan tanggapan sendiri berhubung isu berkenaan.

“Tindakan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat boleh mengganggu siasatan.”

Selain itu dalam perkembangan sama JSJ turut memberikan bayangan bahawa tiada hubung kait antara insiden dialami Faisal dan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Akhyar Rashid.

Akhyar yang dipinjamkan ke Terengganu FC mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki selepas dipukul menggunakan senjata tumpul pada Khamis lepas.

Selain diserang, beliau turut disamun yang menyaksikan dompet dan telefon bimbitnya dibawa lari oleh suspek tersebut.

“Kenyataan kedua-dua mangsa itu amat diperlukan dan penting bagi membantu siasatan polis.”

“Siasatan masih di peringkat awal dan usaha pada masa ini adalah lebih kepada mencari motif serta pelaku kes berkenaan,” ujar wakil JSJ menurut sumber My Metro.

Kejadian tak diingini melibatkan Faisal Halim dan Akhyar Rashid itu merupakan satu lagi sejarah hitam dalam kancah bola sepak tanah air dan ia perlu dipandang serius semua pihak.