Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan individu yang terlibat dalam insiden pertelingkahan di Stesen Labu pada 15 September lalu bukan kakitangan syarikat berkenaan.
Ianya berikutan tular video di mana netizen mendakwa staf KTMB mengasari penumpang.
Menurut beberapa perkongsian yang tular, segalanya bermula apabila salah seorang penumpang warga emas tidak berpuas hati dengan kelewatan tren sehingga 5 jam.
Kemudian salah seorang pekerja di situ menyuruh penumpang tersebut menaiki kereta sahaja.
KTMB kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan individu terbabit merupakan kakitangan syarikat kontraktor yang dilantik untuk menjalankan perkhidmatan di stesen tersebut.
“KTMB mengambil maklum mengenai rakaman video yang tular di media sosial berkaitan insiden pertelingkahan yang berlaku di Stesen Labu pada 15 September 2026,” menurut kenyataan KTMB pada 17 September 2026.
Menurut KTMB, insiden itu berlaku susulan gangguan perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Caves Pulau Sebang selepas sebuah tren terlanggar seekor babi di antara Batang Benar dan Labu pada kilometer 446.092 sehingga menyebabkan tren berkenaan terkandas.
@newswav Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tampil memberikan penjelasan berhubung rakaman video insiden pertelingkahan yang tular di media sosial, yang berlaku di Stesen Labu pada 15 September lalu. Menurut KTMB, individu yang terlibat dalam insiden berkenaan bukan kakitangan KTMB, sebaliknya kakitangan sebuah syarikat kontraktor yang dilantik untuk menjalankan perkhidmatan di stesen tersebut. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KTMB memaklumkan kejadian itu berlaku susulan gangguan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Batu Caves ke Pulau Sebang. Gangguan berkenaan berlaku selepas sebuah tren terlanggar seekor babi di antara Batang Benar dan Labu, iaitu pada kilometer 446.092. Akibat kejadian tersebut, tren berkenaan terkandas di laluan berkenaan. Kira-kira 300 penumpang kemudiannya diturunkan di Stesen Labu bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan dengan menggunakan tren berikutnya. Situasi itu turut menyebabkan kelewatan perjalanan sehingga 125 minit daripada jadual asal. Bagi membantu menguruskan pergerakan penumpang yang terjejas di Stesen Labu, pihak KTMB turut mengarahkan beberapa kakitangannya dari Stesen Seremban ke lokasi. Langkah tersebut diambil bagi membantu melancarkan pengurusan penumpang susulan gangguan perkhidmatan yang berlaku. Dalam pada itu, KTMB memandang serius insiden pertelingkahan yang berlaku dan menegaskan bahawa pihaknya tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk tindakan atau tingkah laku yang tidak profesional ketika berurusan dengan penumpang. Individu tersebut telah digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan terperinci dijalankan. KTMB memaklumkan bahawa tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan. #viralmalaysia #tiktok #fyp #viral #fypmalaysia #tiktokmalaysia
Susulan kejadian itu, kira-kira 300 penumpang diturunkan di Stesen Labu bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya. Gangguan berkenaan turut menyebabkan kelewatan sehingga 125 minit daripada jadual asal.
“Bagi membantu pergerakan penumpang di Stesen Labu, KTMB telah mengarahkan beberapa kakitangan dari Stesen Seremban ke lokasi bagi membantu melancarkan pengurusan penumpang,” menurut kenyataan itu.
@media.telus Petugas itu dipercayai menjawab, “Akak tanyalah orang depan tu, saya tak tahu. Lepas ni naik kereta lah, jangan naik tren.” #ktm #wargaemas #petugas #labu
Dalam pada itu, KTMB menegaskan pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk tindakan atau tingkah laku tidak profesional ketika berurusan dengan penumpang.
Susulan itu, pihak kontraktor telah menggantung tugas individu terbabit berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan terperinci dijalankan.
“Sehubungan itu, pihak kontraktor lantikan telah memaklumkan tindakan serta-merta telah diambil terhadap kakitangan tersebut dengan menggantung tugas individu berkenaan berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan terperinci dijalankan,” menurut KTMB.
KTMB berkata tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan tersebut dan pihaknya akan terus bekerjasama dengan kontraktor bagi memastikan perkara itu ditangani dengan sewajarnya.

Pada masa sama, KTMB mahu semua kakitangan yang bertugas di premis dan kemudahan syarikat sentiasa mematuhi tatacara kerja serta standard perkhidmatan yang ditetapkan.
“KTMB kesal atas kesulitan yang dialami oleh penumpang susulan gangguan perkhidmatan tersebut dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua penumpang yang terlibat,” katanya.