Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam satu kenyataan berkata, insiden bertentangan dengan adab dan etika istiadat yang tular baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku.

Menurut pihak pengurusan, setiap graduan telah diberikan garis panduan dan etika sebelum hari konvokesyen, petik Harian Metro.

Baca Juga:

UiTM memberi penekanan kepada etika dan adab yang tinggi dalam kalangan graduan dan insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

“Antara usaha UiTM dalam penekanan etika dan adalah taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BPRPK) UiTM semasa pengambilan jubah.

“Graduan diingatkan untuk mematuhi etika sepanjang istiadat berlangsung bermula dari perarakan di luar dewan sehingga pemulangan jubah kepada universiti,” kata kenyataan itu, hari ini.

Pada masa sama UiTM menegaskan etika dan adab dalam istiadat sebagai cerminan perjalanan ilmu yang dilalui oleh para graduan bersama pihak universiti.

“Oleh itu, UiTM berharap semua pelajar yang akan hadir untuk Istiadat Konvokesyen UiTM mematuhi etika dan peraturan universiti,” katanya.

Sumber