Kecoh semalam apabila sejumlah besar pengguna Instagram tidak boleh mengakses platform tersebut malahan ada yang akaunnya telah disekat. Oleh sebab itu, ramai yang sedang mencuba cari solusi dalam mendapatkan semula akses akaun yang telah disekat.
Menerusi akaun TikTok @deryandreas, beliau telah berkongsi cara untuk mendapatkan semula akaun Instagram yang telah disekat oleh pihak pembangun. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui secara terperinci dalam mendapatkan semula akaun milik anda. Anda juga perlu menggunakan peranti Android untuk berbuat sedemikian.

Baca Juga:
- Ini Caranya Untuk Jadikan Tablet PerantiSiswa Sebagai Skrin Kedua Laptop
- Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebagai Pengundi Buat Pertama Kalinya
Cara mendapatkan semula akaun instagram yang telah disekat
1. Pertama sekali, anda perlu pergi pada menu log masuk di Instagram dan klik Dapatkan bantuan untuk log masuk.

2. Kemudian, masukkan username pada ruangan yang disediakan dan klik Seterusnya.

3. Seterusnya, anda mesti tekan Perlu bantuan lain.

4. Menerusi bahagian ini, anda boleh pilih untuk melakukan pemulihan akaun sama ada menerusi E-mel atau pun nombor telefon dan klik Seterusnya.

5. Dapatkan kod pengesahan 6-digit lalu masukkan pada ruangan yang disediakan dan klik Sahkan.

6. Selepas itu, klik Try another way untuk log masuk kemudian klik Get support.

7. Berikutnya, anda tekan pada pilihan kedua iaitu kod log masuk yang dihantar ke nombor telefon atau e-mel tidak boleh diakses.

8. Pada bahagian Request Support, klik Tidak, saya tidak memiliki foto sendiri di akaun peribadi dan masukkan alamat e-mel anda untuk menerima bantuan selanjutnya daripada pihak Instagram.

9. Selepas menerima e-mel maklum balas daripada pihak Instagram. Anda perlu menyediakan maklumat lengkap yang merangkumi sebab tidak boleh log masuk akaun, alamat penuh e-mel, jenis peranti yang digunakan dan username yang digunakan pada akaun yang disekat seperti contoh di bawah.

10. Anda bakal menerima e-mel seterusnya yang meminta untuk mengambil gambar bersama beberapa maklumat peribadi dan juga kod khas untuk mengesahkan identiti anda. Anda perlu menulis kod khas dan maklumat peribadi tersebut pada kertas dan mengambil swafoto lalu dihantar kepada mereka.

11. Akhir sekali, anda bakal menerima e-mel berikutnya bersama pautan tetapan semula untuk menambah kata laluan yang baharu. Klik pada pautan untuk menambah kata laluan baharu. Lalu, anda perlu melog masuk semula dengan kata laluan baharu dan sepatutnya akaun anda sudah berjaya diakses selepas itu.

Setakat ini, pihak Instagram masih berusaha untuk menyelesaikan isu sekatan tersebut secara berperingkat. Jadi, dengan memaklumkan kepada pihak Instagram mungkin dapat memudahkan lagi mereka mengesan masalah sekatan yang berlaku terhadap akaun peribadi anda.
@deryandreas
Malah, pihak Instagram sendiri telah mengesahkan bahawa pengguna yang tidak melanggar polisi mereka tidak perlu risau berkenaan masalah sekatan ketika ini. Perkara ini akan berubah namun bakal mengambil masa yang lama. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai pengguna boleh mendapatkan semula akaun IG masing-masing.