Inter Miami telah menyediakan beberapa pelan untuk memastikan kapten mereka, Lionel Messi menandatangani kontrak baharu.
Masa depan Messi bersama Inter menjadi tanda tanya selepas beliau dilaporkan belum membuat keputusan sama ada mahu terus beraksi di MLS atau berhijrah ke liga lain.
Baca Juga:
- Barcelona Akhirnya Langsaikan Tunggakan Gaji Messi, Coutinho Sejak 2020
- Javier Mascherano: ‘Inter Miami Menang Ke Atas Porto Kerana Semangat ‘GOAT’ Messi’
- Dah Lama Pendam, Lionel Messi Tembak James Rodriguez Yang Tuduh Argentina Juara Kerana Bantuan Pengadil
Pelan Inter Miami Untuk Messi
Kelab yang dimiliki oleh David Bekcham itu menyediakan pelan bagi memastikan bekas bintang Barcelona dan PSG itu kekal beraksi di Amerika Syarikat.

Messi dilaporkan diberikan jaminan pegangan pemilikan dalam kelab itu, dengan laporan mencadangkan ia mungkin setinggi 35 peratus daripada francais.
Selain itu, Inter juga sedang mempertimbangkan klausa khas dalam kontrak baharu yang membolehkan Messi dipinjamkan ke kelab Eropah bagi mengekalkan kecergasannya menjelang Piala Dunia 2026.

Inter turut menggunakan alasan temasya Piala Dunia 2026 yang berlangsung di benua Amerika sebagai salah satu pujukan untuk Messi menandatangani kontrak baharu.
Messi ialah penjaring gol terbanyak sepanjang masa dalam sejarah singkat Miami dengan 50 gol, termasuk gol terbarunya untuk kelab itu – sepakan percuma dalam Piala Dunia Kelab menentang Porto.

Inter Miami tersingkir daripada piala dalam kekalahan 4-0 oleh juara Eropah Paris St-Germain di hadapan 65,574 penyokong di Atlanta.