Bagi majoriti kita mungkin dengan gaji bulanan RM5,000 sudah dikira selesa untuk menjalani kehidupan seharian.

Namun berbeza bagi bekas peserta Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli memberitahu bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk membayar segala komitmen hidupnya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: IG @ahmadiqbalzulkefli

Perkara ini didedahkan oleh beliau menerusi IG Stories di akaun rasminya baru-baru ini.

Berkongsi paparan skrin pembayaran bil elektrik rumahnya mencecah RM1,600 sebulan, kata Iqbal lagi, beliau turut berhabis ribuan ringgit untuk membeli susu anaknya, Ziyad.

“Bersungguh saya jual barang, sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak anak pun sudah beribu sebulan.

“Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000 sebulan saya tidak boleh jalani kehidupan seharian.

“Sendiri kerja tiada pernah ditanggung siapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya. Belum termasuk barang kehendak,” tegasnya di kapsyen IG Stories.

Di Instagram juga, beliau turut menjual beberapa perabot rumahnya kepada warganet dengan harga yang rendah berbanding awal dibelinya yang kebanyakkannya mencecah ribuan ringgit.

Namun apa yang menggelikan hati apabila ada segelintir individu yang menyifatkan barangan rumah Iqbal sama seperti yang orang ramai boleh perolehi di platform beli di laman e-dagang dengan harga yang jauh lebih murah.

“Saya kelu tiada jawapan apabila ada beberapa orang DM, ‘ni saya beli dekat Shopee baru berapa ringgit’. Macam mana saya nak jawab? Saya mahu jelaskan takut dianggap riak.

“Begini setiap barang yang saya beli nampak sama tapi bukan dia. Macam sofa, saya beli RM26,000, saya beli tunjuk resit.

“TV ruang tamu pun RM30,000, set pinggan mangkuk dah cecah RM25,000. Memang kalau cari di Shopee nampak seakan tapi bukan. Janganlah samakan begitu, kasihan saya.

“Saya jual bukan dapat untung cuma saya tidak mahu simpan. Kalau saya tawar percuma, semua berebut dan ambil kesempatan.

Sumber Gambar: IG @ahmadiqbalzulkefli

“Biasa satu minit muat naik terus orang bayar. Jadi, kalau siapa serius mahu beli terus buat bayaran ya” katanya di pengakhiran di status IG.