Israel telah meminta bantuan kecemasan daripada Amerika Syarikat (AS) sebanyak AS$10 bilion (RM47 bilion) bagi menampung misi ketenteraan, lapor The New York Times.

Laporan itu berkata pakej bantuan itu kini sedang disusun dalam rang undang-undang oleh Kongres dengan penyelarasan akan dibuat oleh Rumah Putih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Rang undang-undang itu termasuk dana yang diminta oleh pentadbiran Biden untuk Ukraine, Taiwan dan sempadan AS-Mexico, kata akhbar itu.

Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer berkata semasa lawatan ke Israel, AS telah berbincang untuk menguatkan ketenteraan Israel dengan peluru 155 milimeter, peluru gantian untuk sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome, bom berpandu ketepatan dan kit JDAM.

Israel kini telah melancarkan kempen udara besar-besaran di Semenanjung Gaza berikutan serangan oleh kumpulan Hamas, menyebabkan lebih 1 juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk pelarian Palestin.

Gaza pula kini sedang mengalami krisis kemanusiaan dengan bekalan elektrik, air, makanan, bahan api dan perubatan dilaporkan sudah kehabisan.

Untuk rekod, perang di antara dua negara ini bermula apabila Hamas pada 7 Oktober memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa, satu serangan mengejut ke Israel.

Tindakan ini pula dibalas oleh Israel yang kemudiannya melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 2,808 rakyat Palestin, termasuk 750 kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza.

Lebih 1,400 warga Israel telah terbunuh dalam konflik tersebut.

Sumber