Isteri Aaron Aziz memutuskan untuk mengambil tindakan perundangan ke atas individu yang memfitnah suaminya.

Menurut isterinya, Diyana Halik, suaminya dan keluarga mereka kini sedang berdepan dengan buli siber.

Diyana menulis di Instagram: “Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan kami, Amin.

“Ya Allah, Engkau adalah Ar-Rahman, Ar-Rahim. Engkau satu-satunya pelindung kami. Lindungilah keluarga saya dan saya daripada fitnah Dajjal, fitnah hidup dan mati. Amin.

“Dua hari ini sangatlah menekan untuk saya. Selalunya saya akan minta suami biarkan sahaja, tapi kerana anak-anak dan suami saya benar-benar terkesan, saya rasa inilah pilihan terbaik.

“Suami saya adalah watak yang kuat dalam rumah. Melihat dia jatuh dan ditenangkan oleh anak bongsu kami sangatlah menyayat hati.

“Melihat dua anak saya menangis dari jauh membuatkan kami terasa begitu tidak berdaya. Ia menjadi detik hari jadi yang menyedihkan buat Danish.

aaron aziz
Foto: IG Diyana Halik

“Sayang, tak mengapa untuk menunjukkan kelemahanmu, kamu juga seorang manusia. Sayang kamu.

“Sebagai nota berasingan, tolong kongsikan dengan saya jika ada lagi posting berunsur buli, fitnah, dan penghinaan yang kamu semua temui.

“Ya, saya sudah ada banyak buktim TETAPI lagi banyak lagi bagus, terutama sekali kalau ada influencer yang membuat repost dan memberi komen. Terima kasih.”