Pemergian pelakon veteran, Ridzuan Hashim semalam mengejutkan ramai pihak. Sebagai rakan selebriti yang pernah bekerja bersama, Datuk Aaron Aziz antara yang terasa kehilangan arwah dan menganggap pemergian Ridzuan satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air kita.

Menerusi laporan, Aaron yang mengenang kembali pengalaman sepanjang bekerja dengan arwah menerusi beberapa projek drama dan filem termasuklah KL Gengster menyifatkan arwah sebagai seorang pelakon veteran yang sangat merendah diri di set penggambaran.

Baca Juga:

“Arwah sangat baik. Walaupun dia seorang senior, dia tidak pernah kedekut memberikan tunjuk ajar dan tidak pernah menganggap saya sebagai seorang pendatang baru.” kata Aaron.

Tambahnya, Aaron turut berpendapat bahawa arwah mempunyai aura lelaki maskulin dan sesuai berlakon dalam filem samseng serta merasakan bahawa watak ‘King’ KL Gangster merupakan antara projek arwah paling berjaya.

Dalam pada itu, Aaron juga mendoakan agar segala kesakitan semasa hayatnya dapat menghapuskan dosa arwah.