Sebelum ini, perkahwinan pakar saham iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dengan pilihan hatinya Datin Nor Ernie Rossmerie yang dikatakan merupakan pelajar sahamnya telah menjadi bualan ramai.

Tidak hanya itu, ada netizen yang melabel isteri kepada DDNK sebagai pisau cukur dan juga perampas selepas berita perkahwinan mereka tular. Lantaran itu, Caprice bersama isteri dilihat telah berjumpa dengan pengantin baru itu dan pertemuan mereka telah dikongsikan di Insta Story Caprice.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada awalnya, Caprice diminta oleh peminatnya untuk mengulas isu DDNK dan isteri serta mengakui berasa buntu untuk menasihati pasangan tersebut berhubung kontroversi yang melanda mereka.

Menerusi video di Insta Story tersebut, Ernie meluahkan rasa kecewa sambil menghempas bantal ke lantai apabila dituduh sebagai perampas rumah tangga orang selepas berkahwin dengan DDNK serta mempertikaikan tindakan segelintir netizen mempersoalkan mengenai jodoh mereka.

Menerima kecaman hebat netizen, DDNK di video yang dimuat naik oleh Caprice tampil meminta agar netizen tidak mengecam isterinya lagi dan mahu orang ramai mendoakan supaya rumah tangga yang baru dibina itu lebih tenang serta bahagia.

Malah, DDNK juga meminta agar memberika sedikit ruang kepada isterinya supaya tidak dikecam kerana isterinya masih berumur 25 tahun dan juga seorang pelajar.