Dalam kehidupan berumah tangga, kesetiaan sering diuji dengan pelbagai cara. Ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Namun, bagi seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang memegang jawatan pengurus di sebuah syarikat public listed, ujiannya hadir dalam bentuk yang cukup tidak disangka iaitu permainan video Roblox.

Dengan pendapatan bulanan mencecah RM9,000 dan bonus tahunan yang lumayan, lelaki ini merupakan seorang provider (penyedia) yang dedikasi. Dia memenuhi segala keinginan isteri dengan harapan mahligai yang dibina selama tiga tahun itu terus bahagia.

Isteri Leka Main 'Games' Hingga Abai Tanggungjawab, Suami Buntu 'Adakah Roblox Boleh Jadi Punca Cerai?'
Sumber Gambar: Tynker

Namun, segalanya mula berubah sejak awal tahun lalu apabila sang isteri mula terjebak dengan dunia Roblox.

Apa yang bermula sebagai hobi mengisi masa lapang sebagai suri rumah, lama-kelamaan bertukar menjadi sebuah obsesi yang membimbangkan.

Perubahan ini bukan sekadar pada minat, tetapi melibatkan tanggungjawab dan emosi. Keadaan menjadi semakin meruncing apabila tanggungjawab hakiki sebagai seorang isteri mula terabai sepenuhnya seperti urusan rumah tangga tidak lagi terurus dan makan minum suami yang dahulunya dijaga rapi, kini terbiar sepi.

Isteri Leka Main 'Games' Hingga Abai Tanggungjawab, Suami Buntu 'Adakah Roblox Boleh Jadi Punca Cerai?'
Sumber Gambar: ImageFX

Setiap kali cuba ditegur secara baik, suasana akan bertukar menjadi tegang apabila si isteri bertindak agresif serta defensif, malah acap kali menuding jari menyalahkan suami dengan alasan dirinya tidak difahami.

Lebih memilukan, keasyikan dalam dunia maya itu telah meragut keinginan bersosial dalam diri isteri malahan hubungan intim suami isteri semakin hambar dan dingin.

Persoalan besar yang bermain di minda si suami adalah mengenai kelakuan pelik isterinya semasa bermain.

Gelak ketawa sendirian sehingga lewat malam dan tindakan menyorokkan skrin telefon (seperti mengalihkan badan apabila didekati) menimbulkan syak wasangka yang mendalam.

Walaupun zahirnya nampak seperti sedang bermain game, namun fungsi chat di dalam aplikasi tersebut sering kali disalahgunakan untuk menjalin hubungan sosial yang melampaui batas seorang isteri.

Inilah yang menyebabkan si suami merasa tidak dihargai. Segala pencapaian kerjaya, kenaikan gaji, dan pengorbanannya seolah-olah tidak lagi bermakna di mata isteri yang sudah “hanyut” dalam dunianya sendiri.

“Hati aku mula rasa kosong,” luah lelaki itu. Suami terbabit kini berada di satu titik noktah di mana kesabaran sudah mencapai hadnya.Baginya, rasa dihargai adalah tunjang sesebuah hubungan.

Walaupun beliau seorang yang setia, namun apabila kehadirannya tidak lagi dirasai dan dihargai, mencari kebahagiaan baru (walaupun bersama individu yang mempunyai komitmen besar seperti janda anak lima) mula dirasakan sebagai pilihan yang lebih rasional demi kedamaian jiwa.

Kisah ini membuktikan bahawa ketagihan permainan video atau media sosial boleh menjadi “pembunuh senyap” dalam rumahtangga. Ia bukan sekadar isu “main game”, tetapi isu pengabaian emosi dan tanggungjawab.