Itali dan Sepanyol menghantar kapal untuk membantu rombongan Global Sumud Flotilla yang disasarkan oleh dron ketika cuba menghantar bantuan ke Gaza, dengan aktivis mendakwa bahawa negara haram berada di belakang serangan itu.
Menurut GFS, serangan itu adalah sebahagian daripada kempen intimidasi negara haram yang berterusan.
Baca Juga:
- Kapal Aktivis Global Sumud Flotilla Diserang Negara Haram

- Chef Kongsi Cara Masak Dengan Bahan Terhad Untuk Rakyat Gaza Raih Pujian Dunia

- Game Over Israel, Kempen Seru Boikot Negara Haram Daripada Bola Sepak Dan Sukan Lain

Bot-bot itu hanya beberapa hari sebelum tiba di Gaza apabila serangan terbaru yang dilaporkan berlaku pada hari Selasa.

Itali Dan Sepanyol Hantar Kapal
Sepanyol akan menghantar kapal tentera laut untuk menyokong dan melindungi GFS, kata Perdana Menteri Pedro Sanchez dalam satu pengumuman pada Rabu lalu.
“Sebuah kapal tindakan maritim yang dilengkapi dengan semua sumber yang diperlukan akan berlayar dari Cartagena esok sekiranya perlu membantu flotila dan melakukan sebarang penyelamatan,” kata Sanchez.

Menurut laporan, Madrid menyelaraskan langkah itu dengan Rom selepas kerajaan Itali mengumumkan penempatan kapal frigat Fasan untuk membantu warga Itali di atas kapal dan menjalankan operasi bantuan yang berpotensi.
Kementerian Pertahanan Sepanyol juga telah menghubungi rakan sejawatannya dari Itali untuk meneroka tindakan koordinasi yang lebih luas, yang melibatkan negara lain seperti Ireland.
Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean, membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadual sampai ke perairan Gaza menjelang akhir bulan ini.
Pelayaran ini melibatkan lebih 1,000 sukarelawan menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat – untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza.
Semua sukarelawan Malaysia sedang berlayar di bawah panji Sumud Nusantara, diketuai oleh ketua pegawai eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.