Seorang pelakon Malaysia, Azim Yusof dilaporkan telah tertipu melalui panggilan telefon atau ‘phone scam’ dan hilang wang simpanannya sebanyak RM 45,000.

Menurutnya, dia seolah-olah dipukau untuk mengikut arahan individu yang telah membuat panggilan telefon itu dan membuat dua transaksi di ATM serta ‘online’ tanpa disedari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dia menceritakan pada awalnya dia menerima panggilan telefon yang memberitahu terdapat bungkusan atas nama dirinya. Kemudian, Azim disambungkan kepada ‘polis’ untuk melunaskan RM45,000 untuk menyelesaikan masalah penggubahan wang haram dimana dia dituduh terlibat.

Ketika itu, Azim yakin dirinya tidak sedar dan sedia tahu tentang isu ‘scammer’ yang semakin berleluasa sekarang ini.

“Nak kumpul duit sebanyak itu dalam keadaan tawaran lakonan yang tidak menentu bukan senang. Sampai sekarang saya masih buntu dan hilang arah.” ujarnya.

Selepas kejadian itu, dia telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor. Walau susah untuk menerima hakikat bahawa dirinya telah pun dipukau dan untuk mendapatkan duit itu semula agak mustahil, pelakon tersebut masih menaruh harapan ada pihak yang dapat membantu.