Dah fikir masak-masak nak jadi popular di Facebook?
Dah bersedia dengan haters?
Dah bersedia untuk dikritik secara terbuka?
Dah bersedia untuk menjadi bahan gossip?

Normal, hidup dalam dunia ni, setiap perkara akan dilahirkan dengan berpasang-pasangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap perkara yang baik, akan ada kelemahannya juga. Pro and kontra.

Terpulang pada kita, bagaimana untuk kita pilih mengikut kesesuaian semasa.

Begitu juga dengan menjadi popular di Facebook.

Dari satu sudut pandang, sesetengah orang hanya melihat pada perkara yang indah-indah.

Dikenali ramai, setiap posting-nya banyak yang like, banyak yang SHARE dan tidak kurang juga yang menyokong.

Ini sudut pandang indah, mari saya kongsikan persediaan-persediaan penting sebelum korang memilih jalan untuk menjadi popular di Facebook.

10 persediaan jika anda mahu jadi terkenal di Facebook:

1. Objektif menjadi popular

Ini perkara paling asas dan penting.

Tanya semula pada diri, kenapa kita nak jadi popular di Facebook?

Sejauh mana kepentingannya pada diri, keluarga dan bisnes kita.

Apakah kesan positif yang kita mahu bawa kepada masyarakat?

Objektif perlu jelas supaya setiap apa yang dibuat, menjurus ke arah objektif yang mahu dicapai.

2. Bersedia dengan haters

Ini perkara normal, sekiranya awak semua telah memilih jalan ini, persediaan mental perlu kuat untuk menghadapi ‘haters’. Orang yang tidak bersetuju dengan pandangan kita.

Mereka akan sentiasa tidak setuju dengan apa yang kita buat dan kongsikan.

Kritikan terbuka adalah normal. Kena Troll pun normal.

Dah sedia? Jika hati masih tisu, mohon fikir-fikirkan hal ini semasaknya.

3. Meraikan perbezaan

Apabila diri semakin dikenali, akan ramai nanti yang akan berkongsi pandangan, kita perlu bijak mengawal emosi dan tidak cepat melatah terutamanya apabila kita ditegur.

Jika kita pandai meraikan pandangan orang lain dengan cara menghormati pandangan mereka, insyaAllah, orang lain juga boleh menghormati kita.

4. Membuat kajian sebelum berkongsi

Ini sebagai langkah pengawalan risiko, supaya setiap apa yang kita kongsikan berdasarkan fakta dan data yang betul dan dari pihak yang berkredibiliti.

Bukan ikut sedap rasa, ikut sedap mulut. Ikut emosi.

5. Bersedia untuk pelbagai tanggapan baik atau buruk.

Setiap orang akan melihat dari sudut pandang berbeza, apa yang kita rasakan betul, tidak semestinya betul juga pada orang lain (rujuk point 3).

6. Kerja keras dalam penghasilan konten.

Kerja keras itu bermaksud dalam persediaan sebelum berkongsi sesuatu.

Dari segi bahan-bahan. Dari segi kesahihan dan kebenaran maklumat. Ini bukan kerja mudah.

Ramai orang cakap, setakat tulis je. Setakat taip je. Hakikat sebenar bukan seperti yang digambarkan. Buat dan rasai pengalamannya.

7. Bersedia jika konten anda di ‘copypaste’

Yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas adalah dari segi persediaan mental.

Kita penat-penat menulis dan menghasilkan konten, tup-tup ada pihak lain yang dengan selamber badak meng-copypaste konten yang kita buat tanpa sebarang kredit.

Ada cara untuk kawal isu ni, tapi, bukan sepenuhnya di dalam kawalan kita.

8. Bersedia untuk menjadi bahan gosip

Yelah, bila dah popular, dah dikenali ramai, dah jadi ‘public figure’, kita tidak akan dapat lari daripada benda ni.

Dah nama pun setiap orang mempunyai sudut pandang berbeza dalam melihat sesuatu perkara, jadi, cakap-cakap belakang orang lain tentang diri kita adalah normal dan ianya di luar kawalan kita.

Mulut tempayan kita boleh tutup, tetapi tidak mulut manusia.

9. Hati perlu kental

Fokus pada perkara baik yang mahu disebarkan, abaikan cakap-cakap negatif yang tidak membantu untuk capai objektif kita.

Berkawan-kawan dengan pihak yang optimis supaya kita dapat melihat kebaikan dalam setiap perkara yang kurang baik (berpada-pada).

10. Rumusan

Secara kesuluruhannya, fokus pada perkara baik yang mahu disebarkan, meraikan perbezaan dan bersikap optimis adalah diantara kekuatan supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi segala cabaran jika anda ingin menjadi popular di Facebook.

Apa yang saya kongsikan adalah dari pengalaman yang saya lalui sendiri dan pemerhatian yang dibuat di media sosial.

Saya berpegang pada prinsip, setiap orang mempunyai sudut pandang berbeza dalam sesuatu perkara.

Ini dipengaruhi dari matlamat seseorang. Setiap orang matlamatnya adalah berbeza.

Jadi, raikan perbezaan dan fokus pada perkara baik yang mahu disampaikan.

Terpulang kepada pegangan prinsip masing-masing. Peace.