Sejak kebelakangan ini, isu warga asing dan pendatang asing tanpa izin kian menjadi topik hangat di media sosial. Hal ini kerana mereka dilihat semakin menjadi-jadi dengan lagak seperti orang tempatan pula.

Terbaru, tular di platform X apabila kelihatan beberapa individu warga asing bertindak tidur dan menjadikan taman permainan seperti “rumah” mereka dengan menggunakan pondok sebagai tempat tidur serta menyidai baju masing-masing di situ.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih teruk lagi, turut kelihatan keadaan kawasan taman permainan itu kotor dan dipenuhi dengan barangan peribadi seperti bantal dan baldi.

Difahamkan, lokasi kejadian itu adalah di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Hal ini sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat  kerana keselamatan mereka kini telah terjejas terutamanya kepada kanak-kanak yang mahu bermain di situ.

Oleh itu, orang ramai meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini.

Di ruangan komentar, ada sebahagian pengguna mendedahkan bahawa kegiatan PATI menjadikan taman permainan sebagai rumah makin menular di tempat lain juga.

Diharapkan perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa secepat mungkin dalam memastikan keselamatan warga tempatan lebih terjamin.