Daripada 12 wakil negara yang menyertai Terbuka Jerman 2025, enam daripadanya berjaya melangkah ke pusingan kedua (pusingan 16) yang akan berlangsung malam ini.

Sektor perseorangan lelaki dan beregu campuran mempunyai dua wakil yang masih meneruskan kemaraan manakala beregu lelaki dan wanita pula masing-masing dengan satu pasangan.

Baca Juga:

Justin Hoh dan Cheam June Wei membawa cabaran perseorangan lelaki dimana mereka akan berhadapan dengan dua pemain utama Singapura yang lahir di Pulau Pinang.

June Wei akan berhadapan dengan bekas juara dunia, Loh Kean Yew manakala Justin pula bakal menghadapi cabaran juara Thailand Masters tempoh hari, Jason Teh Jia Heng.

Cabaran getir juga bakal dihadapi empat lagi wakil negara iaitu Wong Tien Ci-Lim Chiew Sie, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, Arif Junaidi-Yap Roy King dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dimana akan beraksi menentang pemain-pemain sudah berpengalaman di pentas antarabangsa.

Berikut adalah jadual perlawanan melibatkan pemain Malaysia di pusingan 16:

Terbuka Jerman 2025

1) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien lawan Presley Smith-Jennie Gai (Amerika Syarikat) – Beregu Campuran – 8.00 Malam – Gelanggang 4

2) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin lawan Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying (China) – Beregu Campuran – 8.40 Malam – Gelanggang 4

3) Cheam June Wei lawan Loh Kean Yew (Singapura) – Perseorangan Lelaki – 10.30 Malam – Gelanggang 4

4) Justin Hoh lawan Jason Teh (Singapura) – Perseorangan Lelaki – 11.20 Malam – Gelanggang 1

5) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing lawan Chen Qing Chen-Wang Ting Ge (China) – Beregu Wanita – 1.00 Pagi Jumaat – Gelanggang 2

6) Arif Junaidi-Yap Roy King lawan Chang Ko-Chi-Po Li Wei – Beregu Lelaki – 2.40 Pagi Jumaat – Gelanggang 3