Kempen Terbuka Indonesia 2025 diteruskan dengan lima wakil negara mempamerkan aksi cemerlang untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Pasangan beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengetuai cabaran dimana mereka akan menghadapi pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Baca Juga:

Terbuka Indonesia
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula bakal membuat perhitungan dengan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.

Sekiranya kedua-dua wakil negara itu melepasi cabaran hebat tersebut, mereka akan bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir.

Situasi sama bakal dinikmati Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai jika berjaya melepasi cabaran pada aksi hari ini.

Terbuka Indonesia
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Tang Jie-Ee Wei akan berhadapan dengan Jesper Toft-Amalie Magelund dari Denmark manakala pasangan suami isteri itu pula menanti cabaran hebat gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Sementara itu, Pearly Tan-M. Thinaah akan bertemu pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Saingan Terbuka Indonesia 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berstatus Super 1000.

Terbuka Indonesia
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Jadual Penuh Suku Akhir Terbuka Indonesia Libatkan Pemain Malaysia

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lawan Jesper Toft-Amalie Magelund (Denmark) – 10.00 Pagi -Gelanggang 1

2) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai lawan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran (Thailand) – 10.50 Pagi – Gelanggang 2

3) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi (Jepun) – 5.00 Petang  – Gelanggang 1

4) Man Wei Chong-Tee Kai Wun lawan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty  (India) – 5.50 Petang – Gelanggang 2

5) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin lawan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani (Indonesia) – 7.30 Petang  – Gelanggang 2