Misi kem negara untuk memburu kejuaraan dalam saingan Malaysia Masters 2025 diteruskan apabila tiga wakil akan beraksi di pentas separuh akhir, petang ini.

Duo yang muncul juara Terbuka Thailand minggu lalu iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan kecemerlangan dengan aksi menarik dalam menundukkan lawan masing-masing.

Baca Juga:

Manakala pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan pasangan ranking kedua dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Separuh Akhir
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Kali terakhir pemain negara muncul juara dalam kejohanan berstatus Super 500 ini adalah pada edisi lalu dimana Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mengungguli acara beregu campuran.

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan pemain Malaysia pada petang ini:

Separuh Akhir Malaysia Masters 2025

1) Man Wei Chong-Tee Kai Wun lawan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (Jepun) – 4.10 Petang – Gelanggang 1

2) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian (China) – 5.00 Petang – Gelanggang 1

3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik lawan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Denmar) – 5.50 Petang – Gelanggang 1