Kemenangan ke atas Kuala Lumpur Thunder pada aksi pembukaan masih belum cukup untuk membawa Negeri Sembilan Antlers ke suku akhir Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Terengganu.

Hal ini kerana kekalahan 0-2 dialami ke atas PDRM Defenders menyaksikan Negeri Sembilan Antlers tersingkir daripada persaingan.

Baca Juga:

Sebaliknya, Kuala Lumpur Thunder berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah singkir itu berdasarkan kelebihan mata untuk mengiringi PDRM Defenders yang bergelar juara kumpulan.

Lebih menarik, undian dilakukan selepas tamat aksi terakhir peringkat kumpulan malam tadi menyaksikan Kuala Lumpur Thunder yang merupakan juara GP Selangor berada dalam laluan sama dengan naib juara sirkit lalu iaitu Perak Bison.

Melihatkan kepada lapan pasukan yang mara, hanya ATM Guardians merupakan ‘wakil baharu’ dimana tujuh pasukan lagi adalah pasukan sama ketika GP Selangor iaitu PDRM Defenders, Perak Bison, Terengganu Turtles, Kuala Lumpur Thunder, Kelantan Warriors, Penang Black Panthers dan Selangor Pistons.

Manakala pasukan-pasukan seperti Johor Tigris, Bomba Fighters dan KPT-MASUM Knights masih belum mampu mengutip sebarang mata setakat ini.

Berikut merupakan jadual penuh kesemua perlawanan suku akhir STL 2024 GP Selangor yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu:

Suku Akhir Pertama – 3.00 petang
PDRM Defenders lawan Kelantan Warriors

Suku akhir kedua – 4.30 petang
ATM Guardian lawan Kuala Lumpur Thunder

Suku akhir ketiga – 8.00 malam
Perak Bison lawan Penang Black Panthers

Suku akhir keempat -9.30 malam
Terengganu Turtles lawan Selangor Pistons

Sementara itu, aksi separuh akhir akan berlangsung pada tengah hari serta petang Ahad manakala penentuan tempat ke-3/4 dan perlawanan akhir pula perlawanan di sebelah malam.