Acara sukan berprestij, Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 18 hingga 26 Mei ini.

Sebanyak 21 negara telah mengesahkan penyertaan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024. 12 pasukan akan berentap bagi kategori Premier manakala baki 9 pasukan bertanding dalam kategori Divisyen 1.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Piala Dunia kali ini menyaksikan kategori Premier mempertandingkan acara berpasukan yang mempunyai Piala Khas selain acara beregu dan regu turut dipertandingkan bagi kategori itu.

Divisyen 1 hanya mempertandingkan dua acara iaitu beregu dan regu, tiada berpasukan.

Negara yang beraksi dalam kategori Premier ialah Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, India, Korea Selatan, Jepun, Filipina, China, Vietnam, Myanmar dan Brunei.

Divisyen 1 pula menampilkan dua negara eropah iaitu Perancis dan Jerman serta 7 negara Asia, Bangladesh, Taiwan, Iran, Nepal, Pakistan, Arab Saudi dan Sri Lanka.

Bagi acara beregu, skuad sepak takraw negara diundi dalam kumpulan A bersama Jepun dan Brunei manakala acara regu menyaksikan Malaysia berada kumpulan B bersama China dan Brunei.

Untuk acara berpasukan pula, Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama Brunei dan Jepun.

Berikut ialah jadual penuh perlawanan yang melibatkan pasukan daripada kategori Premier dan divisyen 1.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan masing-masing bagi kategori Premier akan mara ke peringkat suku akhir manakala dua pasukan teratas dalam kumpulan untuk kategori divisyen 1 akan beraksi di separuh akhir pada 21 Mei 2024.

Pada sebelah malam turut berlangsung aksi separuh akhir bagi kategori Premier untuk acara regu dan beregu.

Pemenang di peringkat separuh akhir akan berentap di final kategori Divisyen 1 dan Premier pada 22 Mei bermula pada pukul 3 petang.

Bermula 23 Mei 2024, berlangsung acara berpasukan yang melibatkan 12 negara daripada kategori Premier.

Berikut ialah jadual penuh acara berpasukan yang akan bermula pada pukul 9 pagi.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan masing-masing akan mara ke peringkat suku akhir dan seterusnya separuh akhir pada 25 Mei 2024.

26 Mei 2024 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggukan oleh para peminat sepak takraw dimana pemenang Piala Dunia akan ditentukan menerusi perlawanan akhir yang berlangsung pada pukul 3 petang.

Buat pertama kali dalam sejarah, sistem mata ranking turut diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Ia bermakna setiap pasukan yang bertanding berpeluang meraih mata ranking dunia berdasarkan keputusan perlawanan dalam kejohanan tersebut.