Piala Dunia Sepak Takraw 2024, peringkat kumpulan – Malaysia vs China [18 Mei 2024, 9:30 PM]

Para peminat sukan tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran yang disediakan di bawah.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Pautan Siaran langsung (Live Streaming):

  1. Astro Arena (801)
  2. Bola Rotan TV (Youtube)
  3. We Are Sepak Takraw (Youtube)
  4. RTM Klik
  5. Persatuan Sepak Takraw Malaysia – PSM

Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran Astro Arena secara Live Streaming.

Piala Dunia Sepak Takraw pertama kali dianjurkan oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) pada tahun 1990-an.

Tujuannya adalah untuk menyatukan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia dan mempromosikan sukan ini ke pentas antarabangsa.

Sebanyak 21 negara telah mengesahkan penyertaan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024. 12 pasukan akan berentap bagi kategori Premier manakala baki 9 pasukan bertanding dalam kategori Divisyen 1.

Jadual Penuh Perlawanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Piala Dunia kali ini menyaksikan kategori Premier mempertandingkan acara berpasukan yang mempunyai Piala Khas selain acara beregu dan regu turut dipertandingkan bagi kategori itu.

Divisyen 1 hanya mempertandingkan dua acara iaitu beregu dan regu, tiada berpasukan.

Negara yang beraksi dalam kategori Premier ialah Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, India, Korea Selatan, Jepun, Filipina, China, Vietnam, Myanmar dan Brunei.

Divisyen 1 pula menampilkan dua negara eropah iaitu Perancis dan Jerman serta 7 negara Asia, Bangladesh, Taiwan, Iran, Nepal, Pakistan, Arab Saudi dan Sri Lanka.