Cabaran skuad sepak takraw Malaysia dalam Sukan SEA 2025 bakal bermula esok dengan aksi melibatkan acara Chinlone bagi kategori lelaki dan wanita.
Selain Chinlone lelaki dan wanita, temasya yang berlangsung di Bangkok, Thailand itu menyaksikan skuad negara menyertai acara lelaki dan wanita dalam berpasukan, regu dan Quadrant serta Quadrant campuran.
Baca Juga:
- Sukan SEA 2025: Miliki Dua Regu Mantap, Skuad Sepak Takraw Malaysia Lebih Yakin Hadapi Thailand

- Pemain Thailand Ini Akui Sistem Sepak Takraw Malaysia Lebih Maju Dari Negaranya Sendiri

- Peminat Sepak Takraw Thailand Puji Penganjuran STL

Cabaran kali ini dianggap penting buat kem sepak takraw negara yang mahu memperbaiki pencapaian di Phnom Penh sebelum ini dimana Malaysia pulang dengan empat pingat perak dan empat gangsa.
Dengan saingan yang dijangka sengit, khususnya daripada Thailand, skuad negara diyakini tetap mampu memberikan tentangan kompetitif berdasarkan persiapan rapi yang telah dijalankan.
Tambahan pula bagi skuad sepak takraw lelaki yang menerima kehadiran duo dinantikan peminat iaitu Zuleffendi Sumari dan Hafizul Hayazi Adnan.
Berikut merupakan jadual penuh aksi skuad sepak takraw negara dalam Sukan SEA 2025:
Jadual Sepak Takraw Sukan SEA 2025
9 Disember 2025 – Selasa
Chinlone Lelaki – 11.10 Pagi
Chinlone Wanita – 11.50 Pagi
10 Disember 2025 – Rabu
Malaysia lawan Singapura – Berpasukan Lelaki – 7.00 Petang
Malaysia lawan Kemboja – Berpasukan Wanita – 7.00 Petang
11 Disember 2025 – Khamis
Malaysia lawan Myanmar – Berpasukan Wanita – 4.00 Petang
Malaysia lawan Filipina – Berpasukan Lelaki – 7.00 Petang
12 Disember 2025 – Jumaat
Malaysia lawan Indonesia – Berpasukan Wanita – 1.00 Petang
Malaysia lawan Myanmar – Berpasukan Lelaki – 7.00 Petang
13 Disember 2025 – Sabtu
Separuh Akhir Berpasukan Wanita – 3.00 Petang
Separuh Akhir Berpasukan Lelaki – 7.00 Petang
14 Disember 2025 – Ahad
Akhir Berpasukan Wanita – 10.00 Pagi
Akhir Berpasukan Lelaki – 1.00 Petang
Malaysia lawan Vietnam – Quadrant Campuran – 7.00 Petang
15 Disember 2025 – Isnin
Malaysia lawan Laos – Quadrant Campuran – 10.00 Pagi
Malaysia lawan Maynmar – Quadrant Campuran – 1.00 Pagi
Malaysia lawan Kemboja – Quadrant Campuran – 4.00 Petang
Separuh Akhir Quadrant Campuran – 6.00 Petang
16 Disember 2025 – Selasa
Malaysia lawan Singapura – Quadrant Lelaki – 11.00 Pagi
Final Quadrant Campuran – 12.00 Tengah Hari
Malaysia lawan Vietnam – Quadrant Lelaki – 4.00 Petang
Malaysia lawan Indonesia – Quadrant Wanita – 6.00 Petang
17 Disember 2025 – Rabu
Malaysia lawan Myanmar – Quadrant Wanita – 11.00 Pagi
Malaysia lawan Kemboja – Quadrant Lelaki – 1.00 Petang
Malaysia lawan Thailand – Quadrant Wanita – 5.00 Petang
Malaysia lawan Brunei – Quadrant Lelaki – 7.00 Petang
18 Disember 2025 – Khamis
Separuh Akhir Quadrant Wanita – 1.00 Petang
Separuh Akhir Quadrant Lelaki – 2.00 Petang
Final Quadrant Wanita – 5.00 Petang
Final Quadrant Lelaki – 6.00 Petang
19 Disember 2025 – Jumaat
Malaysia lawan Laos – Regu Lelaki – 10.00 Pagi
Malaysia lawan Vietnam – Regu Wanita – 11.00 Pagi
Malaysia lawan Thailand – Regu Wanita – 3.00 Petang
Malaysia lawan Vietnam – Regu Lelaki – 4.00 Petang
20 Disember 2025 – Sabtu
Separuh Akhir Regu Lelaki – 10.00 Pagi
Malaysia lawan Indonesia – Regu Wanita – 11.00 Pagi
Final Regu Lelaki – 1.00 Petang