Ronald Koeman mengesahkan kapten Belanda dan Liverpool, Virgil Van Dijk diberikan pelepasan untuk pulang awal ke kelabnya. Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Liverpool.

Ini selepas menilai bahawa pemain itu akan berdepan jadual yang sangat padat dengan kelabnya.

Van Dijk setakat ini sentiasa komited dengan tugasan antarabangsa. Koeman pula merasakan ini adalah peluang untuk menguji pemain lain di posisinya.

Van Dijk mengetuai Belanda dalam kemenangan 4-0 ke atas Hungary yang mengesahkan kemaraan Belanda ke suku akhir Liga Negara Eropah.

Virgil van Dijk
Sumber Gambar: KNVB

Jadual bola sepak eropah menjadi sangat padat. Membuatkan ramai pemain yang menyuarakan kebimbangan mereka. Misalnya Rodri sebelum ini menyatakan bahawa pemain sangat letih dan terdedah dengan masalah kecederaan.

Di mana UEFA dan FIFA memperkenalkan format terbaru UCL dan Piala Dunia Kelab yang lebih banyak perlawanan.

Ironinya pemain itu mengalami ACL selepas beberapa minggu dia membuat kritikan ke atas jadual bola sepak.

Berbalik kepada Van Dijk, Koeman merasakan sudah tiba masanya Van Dijk diberikan peluang untuk berehat daripada tugasan kebangsaan. Memandangkan mereka sudah mara.

Koeman berkata: “Jadual Virgil Dijk sangat sangat padat. Dia adalah pemain yang bermain dalam setiap perlawanan [kelab dan negara]. Jadi saya memutuskan untuk menghantar dia pulang ke Liverpool.”