Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan premis minuman herba yang tular baru-baru ini hanya mwmpunyai satu produk sahaja yang disijilkan halal.
Menurut JAKIM, syarikat berkenaan bukanlah pemegang sijil halal bagi skim premis makanan sebaliknya merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Sementara itu, produk yang disahkan memiliki sijil halal hanyalah minuman bertin.
Baca Juga:
- Didakwa Tidak Memiliki Sijil Halal, Respons Restoran Terkemuka Ini Nyata Mengejutkan Ramai
- ‘Boleh Mengelirukan’ – Netizen Kecam Influencer Ini Promosikan ‘Soju Halal’ Di Bangi
- Tular Video Pekerja Pakai Rantai Salib, Pengurus Restoran Roti Daging Muslim Mohon Maaf
“Tular di media sosial berkenaan status halal premis minuman herba yang didakwa mempunyai pensijilan halal oleh JAKIM.
“Hasil semakan kami, syarikat tersebut bukanlah pemegang sijil halal bagi skim premis makanan.
“Syarikat berkenaan adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hanya bagi skim produk makanan dan minuman sahaja.
“Produk yang dipersijilkan halal hanyalah produk herba bertin,” jelas kenyataan tersebut di Facebook rasmi mereka.
Dalam pada itu, pihak JAKIM juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil sesuatu yang tidak diyakini halal.
Oleh itu, mereka mengingatkan para pengguna supaya sentiasa berwaspada sebelum memilih sesuatu produk atau premis yang ingin dikunjungi. Pastikan produk atau premis tersebut adalah merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah dari JAKIM.
Terdahulu, sebuah premis menjual minuman herba tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa salah satu produk yang dijual dapat mengurangkan batuk dan sakit tekak. Agak mengelirukan apabila ramai yang mendakwa produk mereka mempunyai sijil halal.