Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan pemeriksaan ke atas sebuah premis perniagaan mee tarik muslim berlokasi di Taman Sutera Kajang, Selangor.

Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan mengesahkan bahawa premis berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Selain itu, pihak berkuasa turut menemukan penggunaan representasi berkaitan Islam pada premis berkenaan, di samping beberapa perkara lain yang memerlukan tindakan lanjut.

Ekoran daripada dapatan tersebut, tindakan sitaan telah diambil di lokasi berkenaan. Siasatan lanjut kini sedang giat dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan penandaan dan perakuan halal negara.

Sumber