Umum ramai mengetahui jalan raya di persimpangan stesen MRT dan monorel Bukit Bintang padat dengan kenderaan, lebih-lebih lagi pada hari minggu.

Bermula 12 pagi, 1 Mei (Rabu) baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan penukaran laluan daripada sehala kepada dua hala di persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Raja Chulan hingga persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Bukit Bintang — lebih mudah difahami, jalan di hadapan kedai kebab terkenal Damascus.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Bagi pelaksanaan laluan dua hala ini, terdapat lorong sedia ada yang ditutup iaitu susur sebelum Menara AIA dan juga susur sebelum Pavilion Bukit Bintang dari Jalan Sultan Ismail ke Jalan Bukit Bintang.

@mohamadnazrin140

untuk maklumat persimpangan lot10 jalan sultan ismail telah menjadi laluan 2 hala . dimana sebelum ni 1 hala . #abamtrafik #kualalumpur #viralvideo #fypシ゚viral #tiktokmalaysia🇲🇾 #dbkl #foryourpage #cbr250rr #bukitbintang #lot10 #wolo #mcdbukitbintang #jalansultanismail #damascusbukitbintang

♬ original sound – ACIK.EDDY.SALUTE – ACIK.EDDY.SALUTE

Walaupun pengumuman dibuat lebih awal, didapati masih ada pengguna jalan raya tidak mengetahui pelaksanaan tersebut dan ‘melawan arah’.

Menerusi video dikongsikan TikTok @mohamadnazrin140, kelihatan beberapa anggota polis trafik sedang bertugas menjaga lalu lintas bagi mengelakkan pengguna jalan raya tersalah lorong.

Netizen memuji pelaksaan itu kerana dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sudah lama berlaku di situ.

Pada masa netizen menegaskan kesesakan di kawasan itu turut berpunca daripada segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan di tepi jalan.