Pada awal minggu ini tular klip video dan gambar di mana sebuah MPV jenis Toyota Vellfire kepunyaan seorang menteri mengikut belakang sebuah ambulans.

Sehubungan dengan itu, Nga Kor Ming tampil memberikan penjelasan di mana beliau sedia memberi kerjasama penuh berhubung siasatan isu tersebut yang berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), 3 Februari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik hantaran Facebook Nga Kor Ming, beliau mengakui terbabit dalam insiden itu ketika beliau dalam perjalanan untuk menghadiri program rasmi di bandar raya Ipoh.

Sumber Gambar: Facebook Fadzilah Hashim

Mengulas lanjut insiden itu, Nga berkata, pemandunya terpaksa mengekori ambulans berkenaan sementara mencari ruang untuk meneruskan perjalanan ke Ipoh.

“Pada mulanya pemandu kenderaan rasmi saya sedar terdapat ambulans swasta mengekori kenderaan saya untuk ke lokasi kemalangan.

“Oleh itu, bagi memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan, pemandu saya pun memberi laluan kepada ambulans terbabit.

“Memandangkan keadaan jalan raya yang sesak, pemandu saya terpaksa mengekori ambulans itu sementara mencari ruang untuk meneruskan perjalanan ke Ipoh, selepas ambulans itu beredar.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berniat untuk melanggari undang-undang dan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan seperti mana yang ditetapkan oleh undang-undang,” katanya.

Menurut Nga, beliau sudah mengarahkan pegawainya untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. Nga turut bersedia untuk membayar kompaun kesalahan bagi pihak pemandunya, sekiranya didapati bersalah.

“Segala kesulitan bukan disengajakan dan amat dikesali,” kata hantaran itu itu menerusi hantaran Facebook.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta rasmi menteri terbabit, petik MalaysiaGazette.

“Siasatan awal yang dijalankan, kita mengesahkan kenderaan yang ditularkan dipandu seorang lelaki yang bekerja sebaagai pemandu kepada menteri.

“Sewaktu kejadian, menteri terbabit dalam perjalanan ke sebuah program, kebajikan yang akan dilangsungkan di rumah pangsa Jalan Silang di Ipoh.

“Bagaimanapun, menteri tersebut tidak sempat menghadiri program tersebut kerana kesesakan berlaku akibat kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.