Mulai dimaklumkan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi platform media sosial pada pagi 30 Oktober lalu, akhirnya jam tangan mewah yang dihadiahkan beliau berjaya menemui pemilik baharu.

Menerusi perkongsian asal, Datuk Dr. Zulkifli yang pernah menerima hadiah jam tangan Rolex Datejust oleh pemerintah Arab Saudi pada tahun 2017 lalu sedia melepaskan jam tangan tersebut secara bidaan bermula RM40,000 di mana hasil jualan akan disalurkan kepada dana Palestin.

Baca Juga:

Siapa sangka, niat murni beliau berjaya mendapat sambutan hangat di kalangan hartawan yang sedia membida dengan harga yang lebih tinggi.

Pada pagi ini, Datuk Dr. Zulkifli telah mengumumkan jam tangan ini berjaya menemui pemilik baharu di mana pembeli ini membuat bidaan sebanyak RM135,000.

Menariknya, Dr. Zulkifli bakal berjumpa dengan pembeli baharu pada petang ini untuk menyerahkan jam tangan Rolex Datejust ini. Semoga dengan jumlah jualan tinggi yang diterima dapat disalurkan kepada dana Palestin yang sekaligus dapat meringankan beban penduduk di Gaza.