Umum mengetahui bahawa Engku Emran dan Noor Nabila telah bercerai talak satu. Isu penceraian mereka telah meraih perhatian rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, nama Erra Fazira telah dipetik susulan penceraian mereka dimana ada berita yang memfitnahnya tahu punca mengapa Engku Emran dan Noor Nabila bercerai.

Baca Juga:

Oleh itu, Erra Fazira telah memuat naik tangkap layar tersebut di Instastory miliknya dan memberikan maklum balas berhubung isu terbabit serta menegaskan bahawa ianya fitnah.

Menurutnya, berita palsu yang dijumpainya di laman Facebook dipercayai digunakan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan modus operandi gosip selebriti bagi mempromosikan pautan perniagaan.

Tambahnya, dia tidak pernah memberikan sebarang komen membabitkan perkahwinan bekas suaminya dan turut menghormati privasi bapa kepada anaknya, Aleesya.