Siapa di sini memiliki azam untuk mempunyai berat badan ideal pada tahun ini? Mungkin anda boleh amalkan pemakanan yang diamalkan oleh Noor Nabila.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh Noor Nabila memaparkan dirinya sedang menyiapkan makanan untuk dimakannya dimana ada sayur, nasi dan ikan.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! Mkn2 dgn Miss Bell!! #rosixomar
Akan tetapi, dia menimbang dan menyukat berat makanan yang boleh dimakannya dan pastinya diet diamalkannya adalah rahsia dia kekal memiliki bentuk badan ideal.
Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan diet seperti itu bukanlah semua orang boleh lakukan kerana perlukan kecekalan.
Malah, ada juga netizen mengatakan ‘beauty is pain’ dan segelintir netizen tidak sanggup mencuba diet yang diamalkan oleh Nabila kerana rasa terseksa.