Semalam dilaporkan bahawa Noor Nabila, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, memaklumkan bakal bercerai dengan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam waktu terdekat.

Terbaharu, Engku Emran yang selama ini mendiamkan diri tampil memuat naik sebuah catatan di Instagram miliknya selepas menerima komen melampau daripada netizen.

Baca Juga:

Menurutnya, dirinya tidak pernah terpanggil untuk beri komen ataupun maklum balas mengenai khabar angin serta gosip yang disifatkan sebagai murahan dan sampah.

Menerusi catatan tersebut, Emran mengatakan bahawa kehancuran dalam perkahwinan kali ketiga bukan tanda kegagalan sebaliknya itu adalah takdir yang sudah tertulis oleh Allah SWT.

Tambahnya, dia berharap dengan status yang dilakukan itu, orang ramai tidak lagi membuat andaian yang menyakitkan hati atau hasilkan cerita seperti seseorang yang tiada agama.

“Hormati ruang kecil kami walaupun ia tak sempurna. Kami sudah lalui tiga perkahwinan dan kami tahu apa yang kami mahukan untuk hidup. Malangnya, kami perlu teruskan ‘mencarinya’ di tempat lain.” tulis Engku Emran.

Bukan itu sahaja, dia turut meminta netizen menjaga adab serta hormati Noor Nabila dan dirinya, lebih-lebih lagi mereka berdua masih mempunyai ibu bapa.

Sekadar makluman, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.