Baru-baru ini, video eksperimen sosial seorang pengguna TikTok, Daing Iskandar Mohd Tahir menjadi tular apabila dia melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.

Susulan video berkenaan, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil memberitahu hukum ‘prank’ yang dianggap berlebihan itu.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@firdausibarahim/video/7175498308062874906?_t=8Y8JhChzSXB&_r=1

Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI mengatakan seharusnya manusia contohi gurauan dan situasi serius seperti Rasulullah.

“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau,” ujarnya menurut sumber.

Menurut UAI, jangan jadi macam orang hilang akal kalau mahu membuat ‘content’ di media sosial hanya untuk mendapat tontonan yang banyak walaupun tahu benda itu haram.

Maah, UAI turut menegaskan untuk tidak berlebihan serta meletakkan batasan dalam pergaulan iaitu jangan sampai tertinggal iman dan islam dalam gurauan.

Selepas kecaman terus, Daing tampil untuk memohon maaf dan mengatakan video tersebut hanya untuk konten semata-mata bagi memenuhi rancangan Raja Viral.

@daing.ellando

SITUASI SEBENAR & PERMOHONAN MAAF🥹 #ehhdaing #daingellando #ellando #aeonrajaviral #rajaviral

♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

Bahkan, dia juga menjelaskan dia sudah berbincang terlebih dahulu dengan mangsa dalam video iaitu ibu angkatnya sendiri dan mendapat persetujuan dari ibunya. Difahamkan, tujuan sosial eksperimen ini adalah untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.