Pernah tak anda beli kasut sukan sebab rekaan dia nampak smart dekat rak kedai, tapi bila pakai lari tak sampai 2 minit, tapak kaki rasa berbisa macam kena gigit semut api?

Atau bila lepas, workout tumit rasa lenguh luar biasa macam baru lepas daki Gunung Kinabalu?

Kalau jawapannya ya, jangan risau anda tak bersendirian. Ramai yang masih tersilap langkah bila memilih kasut sukan. Hakikatnya, tak semua kasut sukan sesuai untuk kaki anda.

Setiap orang mempunyai jenis tapak kaki flat foot, high arch atau neutral dan corak larian pronation yang berbeza.

Bagi memastikan kaki anda gembira, selesa dan bebas kecederaan, ini 5 kasut sukan yang patut dicuba mengikut bentuk serta keperluan kaki anda!

1. Nike Pegasus 40

Nike Pegasus
Kredit: Lazada

Sesuai Untuk: Tapak Kaki Neutral / Larian Harian & Gym

Kalau anda jenis tak mahu pening kepala nak pilih kasut mana, Nike Pegasus 40 adalah jawapan paling selamat.

Siri Pegasus memang terkenal sebagai workhorse paling tahan lasak dalam dunia larian.

Menggunakan gabungan teknologi Nike React foam dan dua unit Zoom Air, ia memberi pulangan tenaga (energy return) yang seimbang.

Kasut ini tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Sesuai untuk anda yang nak satu kasut yang boleh buat semua benda daripada berlari, pergi gym sampai ke café hopping.

2. ASICS Gel-Kayano 30 

asics gel kayano
Kredit: Lazada

Sesuai Untuk: Overpronation / Tapak Kaki Rata (Flat Foot)

Untuk anda yang ada masalah tapak kaki rata (flat foot), siri Gel-Kayano dari ASICS memang tak pernah menghampakan.

Siri ke-30 ini hadir dengan teknologi 4D Guidance System yang menyokong struktur kaki secara semula jadi tanpa rasa keras atau ‘mencengkam’ berlebihan.

Kusyen PureGEL baharunya pulak rasa macam mendarat atas awan.

Memberikan ultimate comfort & maximum stability sehinggakan kaki anda takkan rasa penat walaupun berdiri atau jalan jauh sepanjang hari.

3. Hoka Clifton 9 

hoka one clifton
Kredit: Lazada

Sesuai Untuk: High Arch / Larian Jarak Jauh & Mereka Yang Ada Masalah Lutut

Nampak luaran macam tebal dan chunky, tapi bila diangkat, ringan sangat!

Hoka Clifton 9 sesuai untuk anda yang ada lengkungan kaki tinggi (high arch) atau selalu sakit sendi bila berlari di atas tar.

Reka bentuk Meta-Rocker membantu hayunan kaki anda rasa lebih lancar dan mengurangkan tekanan pada bahagian tapak serta lutut.

Kusyen EVA foam yang tebal menyerap hentakan dengan cemerlang persis rasa macam berlari atas tilam empuk.

Trendsetter untuk fesyen athleisure masa kini!

4. New Balance Fresh Foam X 1080v13 

new balance
Kredit: Lazada

Sesuai Untuk: Larian Santai, Berdiri Lama & Tapak Kaki Lebar

New Balance sekarang bukan lagi ‘kasut ayah-ayah’ (dad shoes). Siri 1080v13 ini menawarkan tahap keselesaan kelas premium yang sukar ditandingi jenama lain.

Tapak Fresh Foam X versi terbaharu ini tersangat empuk. Bahagian atasnya (upper) menggunakan fabrik hypoknit yang memeri, sangat mesra untuk anda yang mempunyai bahagian depan kaki yang lebar (wide feet).

Menampilkan gaya minimalis, stylish dan sangat selesa. Sesuai untuk kerja yang memerlukan berjalan banyak atau travel.

5. Adidas Ultraboost Light 

adidas running ultraboost
Kredit: Lazada

Sesuai Untuk: Tapak Neutral / Larian Kasual & Gaya

Sebut sahaja Ultraboost, ramai dah tahu tahap keselesaannya.

Untuk versi Ultraboost Light, Adidas berjaya mengurangkan berat material Boost sebanyak 30% berbanding model terdahulu tanpa mengurangkan responsif tapaknya.

Material Primeknit+ melekap kemas pada kaki seperti memakai stokin. Tapak Continental™ Rubber pula memberi genggaman (grip) padu walaupun di atas jalan yang licin.

Kasut sukan yang serba boleh pergi jogging, terus sarung pergi ke pejabat atau hangout malam minggu tanpa perlu tukar kasut lain.

Macam Mana Nak Tahu Kasut Tu Sesuai Untuk Anda?

Sebelum terus checkout kat kedai atau atas talian, pastikan anda buat ujian ringkas Wet Test:

  1. Basahkan tapak kaki anda dengan air.
  2. Pijak di atas kertas kadbod coklat atau simen kering.
  3. Lihat cap tapak kaki anda adakah ia penuh (flat foot), normal (neutral), atau terputus di tengah (high arch).

Ingat, tak semua kasut sukan sesuai untuk kaki anda. Pilih kasut mengikut anatomi kaki dan aktiviti anda, bukannya semata-mata mengikut corak trend semasa.

Kaki yang sihat adalah pelaburan jangka panjang!