Dengan bilangan kes yang semakin meningkat setiap hari, kegusaran dan kebimbangan masyarakat dalam mendepani COVID-19 kini boleh dikatakan berada di kemuncaknya.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menghentikan jangkitan dan penularan wabak membunuh ini, namun ada juga pihak yang mengambil sikap tidak bertanggungjawab seperti menipu status kesihatan yang bergejala seperti demam dan batuk ketika membuat saringan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu dikongsikan sendiri Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook-nya pada hari ini.

Perkongsian itu menceritakan bagaimana seorang pesakit yang hadir ke hospital untuk temu janji CT Scan  tidak memaklumkan mengenai gejala yang dialami sehingga menyebabkan salah seorang petugas kesihatan disahkan positif COVID-19.

“Jangan tipu frontliners, kami juga perlu dilindungi.

“Kami ada keluarga, ada rakan-rakan. Jangan aniaya frontliners,” kongsinya pada pagi ini.

Terdahulu, perkongsian yang dibuat oleh petugas berkenaan yang dikenali sebagai Nur Marini Zainal pada Rabu lalu tular di media sosial selepas beliau disahkan positif COVID-19 selepas memberikan rawatan kepada salah seorang pesakitnya.

Tambah mengecewakan, pesakit berkenaan yang hadir untuk menjalani pemeriksaan CT Scan tidak memaklumkan beliau mempunyai gejala berkait COVID-19.

“Terkejutnya kami bila melihat gambar paru-parunya di CT sama seperti paru-paru pesakit COVID-19.

“Bila ditanya semula, akhirnya dia mengaku yang dia batuk dan demam selama seminggu, tetapi berasa sedikit sihat untuk datang ke temu janji CT.
Allahu,” kongsinya di Facebook.

Pesakit berkenaan kemudiannya disahkan positif COVID-19 dua hari kemudian sekaligus menjadikan petugas kesihatan yang memberikan rawatan kepadanya sebelum ini sebagai kontak risiko rendah.

Walaupun dikategorikan sebagai kontak risiko rendah dan tidak perlu menjalani kuarantin atau swab test, namun beliau tetap berbuat demikian selepas berasa kurang senang dengan kejadian berkenaan.

“Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala. Namun sempat bekerja selama dua hari di jabatan sebelum kuarantin.

“Keputusan swab mendapati saya positif, saya menangis semasa dapat tahu sebab sedih terpaksa terpisah dengan anak-anak dan suami.

“Risau terhadap keluarga dan rakan sekerja yang mungkin saya jangkiti.
Kecewa terhadap sikap pesakit saya,” kongsinya.

Perkongsian berkenaan yang mula dibuat sejak 23 Disember itu tular di media sosial dan telah mencatatkan sehingga 12,000 perkongsian sehingga artikel ini ditulis.

Baca juga perkembangan semasa COVID-19 dalam dan luar negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

KKM Kenal Pasti Mutasi Baru COVID-19 Di Malaysia, Adakah Lebih Agresif Dari Biasa?

Vaksin COVID-19, Kerajaan Tanggung Kos RM77.35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

Singapura Muncul Negara Asia Pertama Terima Bekalan Vaksin COVID-19

Sumber