Majistret Siti Zubaidah Mahat menegur seorang pekerja bengkel agar tidak terlalu bertindak sesuka hati dengan ‘menunjuk’ hebat di jalanan seperti dilakukan ketika membelasah seorang penghantar makanan sehingga cedera parah, Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd. Faizul Nazri,39, dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000. Hukuman itu diberikan mahkamah selepas Mohd. Faizul mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya, petik laporan Kosmo.

Baca Juga:

Tertuduh juga diperintah menjalani tambahan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Siti Zubaidah dalam penghakimannya juga berharap tertuduh mengambil iktibar terhadap kejadian itu.

“Jangan nak ikut perasaan dan ingin tunjuk hebat di jalan raya. Orang buat salah sikit pun, nak bagi (pukul atau belasah).

“Sudahnya, kamu masuk mahkamah hari ini,” tegasnya.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Faizul dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah seorang lelaki berusia 21 tahun iaitu patah tulang rahang kelapan sebelah kiri di tepi jalan hadapan lampu isyarat Jalan Langat-Klang pukul 7.15 petang, Ahad lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber