Pernah menjadi pandemik dalam negara, siapa sangka kes COVID-19 kembali menular di Malaysia menerusi laporan Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) iaitu dari 12 hingga 18 November lalu. Sebanyak 2,305 kes COVID-19 telah direkodkan sepanjang tempoh ini.

Menurut kenyataan pihak KKM, peratusan kes COVID-19 dilaporkan pada ME 46/2023 meningkat sebanyak 28 peratus, berbanding 1,801 kes pada ME 45/2023 atau dari 5 hingga 11 November lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kadar kemasukan pesakit COVID-19, termasuk mereka yang disyaki positif jangkitan itu ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 46/2023 berbanding ME 45/2023.

Katanya, risiko kemasukan ke hospital dan gejala teruk boleh dikurangkan dengan pengambilan dos penggalak.

“KKM menjangka kemungkinan sedikit peningkatan kes COVID-19 akan berlaku susulan pergerakan dan perjumpaan saudara dan sahabat ketika sambutan perayaan serta aktiviti berkumpulan.

“Sehubungan itu, KKM menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan dengan pensanitasi serta memakai pelitup muka terutama bagi yang bergejala atau berada di tempat tertutup, sempit dan sesak.

“Selain itu, kumpulan berisiko tinggi seperti warga tua, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung digalakkan memakai pelitup muka,” katanya.

Sumber