Adakah anda perasan MV terbaru Janna Nick di Instagram? Dalam MV tersebut, Janna pegang HONOR 90 Diamond Silver yang terbaharu sambil menari. Memang cantik!

Baca Juga:

Bagi anda yang mahu mendapatkan siri HONOR 90 seperti Janna Nick, apa kata anda beli sahaja ketika roadshow yang akan diadakan di IOI City Mall pada 2 Ogos sehingga 6 Ogos ini.

Sebenarnya jika anda beli HONOR 90 ini ketika roadshow, anda berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM13,900 dimana dengan pembelian, anda layak untuk ikuti cabutan bertuah.

Tidak hanya itu, anda juga dapat mencuba minuman kolaborasi Zus dengan Pepsi dimana hanya tersedia ketika roadshow. Malah, Janna Nick juga akan hadir pada 5 Ogos untuk beramah mesra bersama peminat pada jam 2 petang sehingga jam 4 petang.

Sebelum itu, mesti anda tertanya-tanya apa kelebihan dimiliki siri HONOR 90 ini sehingga menjadi pilihan Janna Nick, bukan? Mari kami kongsikan sebab anda patut dapatkan HONOR 90 ini.

1. Rekaan cantik dan menarik

HONOR 90 ini menawarkan 3 warna yang menawan iaitu Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green. Warna Diamond Silver diilhamkan daripada corak grid berlian dan ia tampil ringkas tetapi mewah dan elegan.

Bagi warna Peacock Blue diilhamkan dari batu permata opal dan bulu burung merak menampilkan ciri moden, romantis dan bergaya. Manakala warna Emerald Green merupakan pilihan warna klasik dan abadi dengan tekstur yang licin.

2. Pemalapan perlindungan mata bebas risiko

Teknologi pemalapan PWM frekuensi ultra tinggi 3840Hz HONOR 90 diperakui bebas Flicker TÜV Rheinland dan mencapai tahap pemalapan bebas risiko.

Kelipan frekuensi rendah berbahaya kepada mata pengguna dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan mata. Lalu membawa kepada gangguan penglihatan, ketegangan mata, keletihan, penglihatan kabur dan gejala lain. Oleh itu, dengan teknologi, mata anda akan dilindungi.

3. Telefon pintar dengan definisi tinggi untuk kamera belakang & hadapan

Gambar yang diambil oleh Fahmie Izwan menggunakan HONOR 90.

Kamera utama HONOR 90 ini dilengkapi dengan 200MP Super Sensing, dengan CMOS 1/1.4 inci dan teknologi piksel setara 16-dalam-1. Ia dapat merakam lebih banyak butiran dan menyekat sorotan dengan lebih baik dalam mod resolusi tinggi.

Manakala kamera depan 50MP dan jika anda suka selfie, gambar anda akan terlihat jelas walaupun berada di tempat gelap.

4. Storan besar sehingga 512GB

Sangat luar biasa apabila telefon pintar mid-range hadir dengan storan besar iaitu sehingga 512GB. Pada harga bermula dari RM1799, anda sudah boleh dapat telefon pintar dengan storan 12GB+256GB / 512GB.

Memang sangat sesuai untuk anda yang merakamkan banyak moment indah anda bersama yang tersayang.

5. Bateri besar untuk penggunaan sehari

HONOR 90 hadir dengan bateri 5000mAh dimana membolehkan anda strim video sehingga 19.5 jam secara berterusan dengan hanya sekali cas.

Malah, jika menggunakan 66W HONOR SuperCharge, ia dapat mengecaj sehingga 45 peratus bateri dalam masa 15 minit sahaja (bermula daripada bateri 3 peratus).

Tunggu apa lagi? Anda boleh miliki HONOR 90 hari ini dengan harga RM1,799 (12+256G) atau RM2099 (12+512GB). Sebelum terlupa, HONOR 90 turut menawarkan versi Lite yang boleh didapati pada harga RM1099 (8+256GB).

Anda akan dapat hadiah menarik bernilai sehingga RM647 sebagai tanda penghargaan terhadap pengguna HONOR jika membeli HONOR 90 ketika roadshow. Jumpa anda di sana!