Ibu negeri Pahang, Kuantan menjadi trending di platform media sosial apabila tempat ini telah disebut oleh salah satu watak siri anime popular pada episod terbaharunya yang dikeluarkan minggu ini

Bandar ini mendapat perhatian global apabila namanya disebut dalam episod terbaru anime popular, Jujutsu Kaisen musim kedua yang mana turut ditayangkan menerusi menerusi Netflix.

Baca Juga:

Sumber Gambar: X

Mahu lawat pantai di Kuantan sebelum mati

Dalam episod ke-42 yang ditayangkan hari semalam (24 November) tersebut, Kento Nanami, ada menyebut yang dia ingin melawat Kuantan di Malaysia, lebih tepat, pantai di Kuantan sebelum kematiannya.

Bagi mereka yang mengikuti Jujutsu Kaisen Season 2,  ia berakhir dengan kematian Nanami Kento, yang tidak boleh dinafikan adalah watak sokongan yang paling disukai dalam Jujutsu Kaisen.

Di dalam babak terakhirnya, Nanami turut mengatakan mahu tinggal di sebuah rumah yang terletak di persisiran pantai, membaca buku sepanjang hari dan menikmati ketenangan di sana.

“Malaysia…Malaysia… Kuantan pun okay… Saya akan bina sebuah rumah di kawasan terpencil.

“Saya ada banyak buku yang dibeli dan tidak pernah bersentuh. Saya akan baca setiap satu muka surat satu per satu, seakan-akan mengambil masa saya semula yang telah hilang,” kata Nanami dalam satu babak.

Episod ini juga agak emosional buat peminat kerana di episod ini juga Namami akan mati setelah dibunuh oleh musuh.

Sumber Gambar: FB

Tidak terhenti disitu, peminat Jujutsu Kaisen dengan pantas meneka pantai yang dimaksudkan Nanami selain ada juga yang telah menandakan lokasi peringatan buat watak tersebut di Pantai Kempadang.

Warga tempatan turut mula meluahkan rasa bangga kerana nama Kuantan menjadi sebutan dan berharap agar menjadi tempat tarikan pelancongan pula selepas ini.

Jatuh hati dengan lokasi dan makanan di Malaysia

Sumber Gambar: Reddit

Menariknya, pencipta Jujutsu Kaisen, Gege Akutami juga dikatakan pernah mengunjungi Malaysia dan jatuh hati dengan beberapa lokasi menarik dan makanan di sini. Antara lokasi yang pernah dikunjungi termasuklah Kuala Lumpur dan Penang Hill.

Perkara ini dikuatkan apabila beliau pernah mengabadikan lokasi Dataran Merdeka dan panel waktu tertera nama Kuala Lumpur di dalam komiknya.

jujutsu kaisen
Sumber Gambar: Reddit

Malah, terdapat dua karakter sokongan di dalam Jujutsu Kaisen  mempunyai makanan kegemaran dari Malaysia. Watak Mei Mei menyukai Bak Kut Teh, sementara Ui Ui pula meminati goreng pisang berdasarkan dalam komik tersebut.

Para peminat tempatan pasti merasa bangga apabila siri kartun popular yang sedang hangat di global telah diabadikan dengan nama lokasi dan makanan tempatan menerusinya oleh penciptanya sendiri.