Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi kalendar akademik akan diteruskan secara bersemuka seperti biasa tanpa melibatkan sebarang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara menyeluruh.

Pengumuman itu dibuat susulan berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR yang dikaitkan dengan situasi global yang berlaku pada ketika ini.

“KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR.

“KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.

“Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara,” petik hantaran media sosial KPM.