Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan bahawa siasatan kes khalwat melibatkan selebriti terkenal Aliff Aziz dan Ruhainies telah pun selesai.

Aliff Aziz sebelum ini ditangkap berdua duaan di sebuah kediaman bersama dengan Ruhainies. Kes tersebut menggemparkan dunia hiburan tanah air.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Kes khalwat itu turut membuatkan isteri Aliff Aziz, Bella Astillah meminta cerai daripada pelakon dan penyanyi itu. Namun Aliff Aziz menolak untuk menceraikan isterinya.

Warganet kemudian tertanya tanya bilakah siasatan kes itu akan selesai. Dan JAWI mengesahkan bahawa ianya baru sahaja selesai.

Kini keputusan selanjutnya adalah berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) yang akan menilai perkara itu menerusi kertas siasatan yang diserahkan.

Dipetik daripada laman Xtra, Datu Mohd Ajib Ismail berkata:  “Siasatan sudah selesai dan Jawi memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

“Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, insya-Allah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya.”

Pihak JAWI juga ditanya sama ada pasangan tersebut akan didakwa, Ajib berkata: “Tarikh selanjutnya tiada tapi ia bergantung kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap.”

JAWI menafikan tuduhan kononnya mereka sengaja melambat lambatkan siasatan kes khalwat artis berkenaan. JAWI turut menegaskan bahawa mereka tidak berkompromi sama sekali dalam siasatan mereka.

Beberapa bulan lalu, Ruhainies dan Aliff Aziz berkali kali menyatakan bahawa mereka tidak bersalah dan yakin siasatan JAWI adalah telus. Kedua dua artis itu turut meminta peminat mereka agar bertenang dan menunggu sahaja hasil siasatan.