McDonald’s atau biasa dipanggil McD akhirnya telah menutup operasinya di Russia dan kini digantikan dengan restoran bernama Uncle Vanya yang mempunyai logo serupa dengan McD’s.
McDonalds telah menutup semua pusat jualan dan restoran di Rusia secara rasmi pada Isnin, 14 Mac 2022. Pencinta McDondal’s di Rusia sebenarnya menerima keputusan ini dengan berat hati. Penutupan ini mencetuskan kekecohan selepas seorang lelaki bernama Luka Safronov melepaskan amarahnya dengan mengamuk di pintu restoran tersebut bagi menghalang ia daripada ditutup.
McDonald’s mula dibuka di Soviet Union sejak 1990 dan kini selepas 32 tahun di Rusia akhirnya pengurusan tertinggi syarikat rangkaian makanan segera ini memilih untuk menghentikan operasinya sebagai tanda simpati dengan Ukraine yang sedang diceroboh oleh Rusia.
Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation, Chris Kempczinski berkata, sebanyak 847 restoran di Rusia ditutup sebagai tindakan solidariti untuk Ukraine yang kini sedang diserang oleh Rusia.
McDonald’s sehingga kini tidak pasti bila ia akan membuka semula restorannya di Rusia. Melihat keadaan itu, Vyacheslav Volodin, pengerusi Duma Rusia, memberitahu parlimen bahawa francais Uncle Vanya bersedia untuk menggantikan McDonadl’s.
Tanda dagangan Uncle Vanya juga telah didaftarkan oleh Russkoye Polye, Logistics LLC di Rusia. Restoran baru Rusia ini mempunyai bentuk logo yang hampir serupa dengan logo McDonald’s. Perbezaanya hanyalah huruf M yang berwarna kuning dengan latar merah itu diterbalikkan menjadikan bentuknya seperti huruf B.
Latar belakang logo Uncle Vanya juga berwarna merah. Sehingga menjadikan logo tersebut seperti mirip seperti McDonald’s.
Semua penggemar Big Mac dan nugget ayam di Rusia meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat lagi menikmati makanan yang menjadi salah satu makanan utama mereka.
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine memberi kesan kepada beberapa sektor, bukan sahaja makanan segera. Beberapa syarikat, aplikasi dan tapak carian dari negara lain juga bersedia untuk menarik balik semua aktiviti perniagaan mereka di Rusia. Tindakan ini telah menyebabkan warga Rusia tidak lagi dapat mengakses atau menggunakan beberapa teknologi dan kemudahan yang sebelum ini disediakan.
Tetapi Rusia tidak pernah berdiam diri dengan beberapa negara melakukan ini kepadanya, Rusia juga telah menyediakan perisian melayari internetnya sendiri.
Kesan perang, hidangan ‘a la carte’ burger Big Mac dijual pada harga RM150 di Rusia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Kesan Perang, Hidangan ‘A La Carte’ Burger Big Mac Dijual Pada Harga RM150 Di Rusia
Rakyat Rusia Beratur Dapatkan Hidangan Terakhir McDonald’s Sebelum Ditutup Akibat Perang