Skuad Jepun kekal menjadi pasukan nombor satu di Asia setelah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan ranking terbaru mereka baru-baru ini.
Dalam kemas kini terbaru, Jepun menduduki tangga ke-18 dengan kutipan 1614 mata, turun satu anak tangga berbanding kedudukan mereka dalam kemas kini sebelum ini.
Baca Juga:
- Jürgen Klinsmann Salahkan Pemain Selepas Gagal Di Piala Asia 2023
- Piala Asia 2023: Hajime Moriyasu Ambil Tanggungjawab Penuh Kegagalan Jepun
- Kenali Akram Afif, Bintang Qatar Yang Berketurunan Yaman
Meskipun terkandas di peringkat suku akhir Piala Asia 2023, namun perkara itu dilihat tidak menjejaskan kedudukan skuad Samurai Blue dalam ranking FIFA terkini.
🏆 #AsianCup2023 champions 🇶🇦Qatar and finalists 🇯🇴 Jordan make big moves!
🇯🇵 Japan remain as Asia’s best-ranked side in the latest #FIFARanking! pic.twitter.com/ZL3UG2Kato
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 15, 2024
Iran (20) pula menjadi pasukan nombor dua di rantau Asia diikuti Korea Selatan (22) dan Australia (23).
Juara Piala Asia, Qatar pula naik 21 anak tangga dengan jumlah mata sebanyak 1499, dimana mereka menghuni ranking ke-37 sekaligus menjadi pasukan nombor lima di rantau Asia.
Satu lagi pasukan yang berjaya melonjak tinggi daripada kedudukan mereka sebelum ini ialah Jordan dimana finalis Piala Asia itu kini menghuni ranking ke-70 dengan jumlah 1344 mata, naik 17 anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya.
Di peringkat Asia Tenggara pula, Thailand muncul sebagai pasukam nombor satu dimana mereka berjaya memintas Vietnam dengan berada di ranking ke-101 dimana mereka melonjak 12 anak tangga berbanding kedudukan sebelum ini.
📊 FIFA RANKING – ASEAN ZONE (2/2024)
After 6 years, Thailand 🇹🇭 has surpassed Vietnam 🇻🇳 to lead Asean on the FIFA rankings#FIFA pic.twitter.com/hntknUHItA
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 15, 2024
Lonjakan ini selepas kejayaan Thailand melepasi saingan peringkat kumpulan sekaligus mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Piala Asia dimana mereka tewas kepada Uzbekistan.
Vietnam muncul sebagai pasukan nombor dua Asean dimana mereka menghuni ranking ke-105, jatuh 11 anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya.
Malaysia pula menjadi pasukan nombor tiga dimana skuad Harimau Malaya menduduki ranking ke-132, jatuh dua anak tannga berbanding sebelumnya.