Keadaan berjerebu bukan sahaja membuatkan langit kelihatan kabur, malah boleh menyebabkan perjalanan harian terasa kurang selesa, terutama bagi mereka yang perlu memandu ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah.

Dalam keadaan seperti ini, beberapa barang ringkas boleh disediakan dalam kereta untuk membantu menjaga kebersihan ruang kabin dan menjadikan perjalanan lebih selesa.

Berikut lima barang yang boleh dipertimbangkan.

1. Car air purifier

Jerebu Makin Teruk, Ini 5 Barang Yang Patut Ada Dalam Kereta

Bagi yang banyak menghabiskan masa dalam kereta, car air purifier boleh menjadi salah satu aksesori yang berguna.

Pilih model mengikut saiz kabin dan semak jenis penapis yang digunakan sebelum membeli. Ada juga model yang menggunakan sambungan USB, jadi lebih mudah digunakan dalam kebanyakan kereta.

2. Cabin air filter

Jerebu Makin Teruk, Ini 5 Barang Yang Patut Ada Dalam Kereta

Selain menggunakan air purifier, keadaan cabin air filter juga tidak patut diabaikan.

Penapis yang sudah lama digunakan boleh dipenuhi habuk dan kotoran. Jadi, semak keadaan penapis secara berkala dan tukar mengikut tempoh yang disarankan pengeluar kenderaan.

3. Car vacuum

Jerebu Makin Teruk, Ini 5 Barang Yang Patut Ada Dalam Kereta

Habuk yang masuk ke dalam kereta boleh terkumpul pada karpet, tempat duduk dan celah-celah ruang kabin.

Car vacuum bersaiz kecil boleh memudahkan kerja membersihkan bahagian dalam kereta tanpa perlu menunggu masa untuk mencuci di pusat cucian kereta.

4. Kain mikrofiber

Jerebu Makin Teruk, Ini 5 Barang Yang Patut Ada Dalam Kereta

Kadangkala tak perlu barang mahal untuk memastikan bahagian dalam kereta kekal bersih.

Beberapa helai kain mikrofiber boleh digunakan untuk mengelap dashboard, skrin, pemegang pintu dan permukaan lain yang mudah berhabuk.

Simpan beberapa helai di dalam kereta supaya mudah digunakan apabila diperlukan.

5. Cecair pencuci cermin

Jerebu Makin Teruk, Ini 5 Barang Yang Patut Ada Dalam Kereta

Cermin hadapan yang bersih penting untuk memastikan pandangan kekal jelas ketika memandu.

Simpan cecair pencuci cermin yang sesuai untuk kenderaan dan pastikan parasnya mencukupi, terutama sebelum perjalanan jauh.

Dalam masa sama, periksa keadaan wiper kerana getah yang sudah keras atau rosak boleh menjejaskan kebersihan cermin.

Persediaan kecil, perjalanan lebih selesa

Dengan beberapa barang asas ini, pemilik kereta boleh lebih bersedia menghadapi keadaan berjerebu tanpa perlu berbelanja besar.

Yang penting, pastikan keadaan kenderaan sentiasa baik dan utamakan keselamatan ketika memandu.