Jerman seolah olah mengulangi kemenangan 7-1 mereka ketika Piala Dunia 2014, kali ini mereka melakukannya di edisi 2026.

Jika pada 2014, Manuel Neuer dan rakan rakannya ketika itu menang 7-1 ke atas Brazil, kali ini penjaga gol yang sama berkawal di gawang Jerman untuk kemenangan 7-1 ke atas pasukan kerdil Curacao.

Jerman melakukan 26 percubaan dalam perlawanan ini. Curacao sempat membuat kejutan apabila mengikat Jerman 1-1 menerusi gol daripada percubaan tepat pertama mereka di Piala Dunia.

Jerman bermula garang apabila Nmecha melakukan rembatan deras terus menerjah gawang minit ke-6.

Namun Livano Comenencia mengejutkan pasukan Jerman dengan gol penyamaan minit ke-21. Gol istimewa yang menandakan bahawa ia gol pertama Curacao di Piala Dunia dalam sejarah mereka.

Sebelum rehat Nicholas Schlotterbeck dan Kai Havertz (penalti) memastikan Jerman 3-1 di hadapan menuju ke bilik persalinan.

Separuh masa kedua Jerman tidak menunjukkan belas kasihan ke atas lawan mereka. Di mana mereka mencetak 4 lagi gol.

Jamal Musiala melakukan gol sulung Piala Dunianya dengan bergaya pada minit ke-47.

Nathaniel Brown menambah derita Curacao dengan gol kelima Jerman pada minit ke-68.

Pada minit ke-78, pemain yang dalam prestasi terbaik, Daniel Undav mencetak gol keenam. Memastikan rekod 7 gol dalam 7 penampilan terakhirnya.

Bintang Terengganu FC, Gervane Kastane mencipta sejarah tersendiri apabila membuat debut di Piala Dunia pada minit ke-82.

Piala Dunia 2026: Jerman Belasah Curacao 7-1, Bintang Terengganu Buat Kemunculan

Enam minit kemudian Kai Havertz mencetak gol ketujuh Jerman untuk memastikan kemenangan 7-1, dan 3 mata buat Jerman.

Jerman kini menjadi pasukan paling banyak gol dalam sejarah Piala Dunia.