PUMA Malaysia, melalui kerjasama berterusan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini melancarkan Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 yang menggabungkan inovasi prestasi dengan elemen reka bentuk moden dan segar.

Pelancaran ini melengkapkan rangkaian jersi musim 2025, susulan pengenalan Jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada awal tahun ini.

Baca Juga:

“Tema bagi Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ialah ‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.

Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 Dilancarkan PUMA, Ini Inovasi Yang Anda Perlu Tahu

Edisi ini turut mengetengahkan padanan warna yang baru bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia melambangkan keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,” kata Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan.

Jersi ini tampil dalam kombinasi warna biru dan merah yang cukup menonjol, direka dengan potongan regular fit, lengan pendek serta kolar bulat.

Dihiasi logo PUMA Cat pada bahagian dada kanan dan Jalur Gemilang pada bahagian kiri, Jersi Ketiga ini turut menampilkan teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA.

Ia bagi memastikan pemain dapat beraksi pada tahap optimum dengan keselesaan maksimum, sejajar dengan komitmen jenama tersebut terhadap penghasilan produk sukan yang lestari.

Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 Dilancarkan PUMA, Ini Inovasi Yang Anda Perlu Tahu

Ciri-Ciri Utama Jersi Ketiga Harimau Malaya

Reka Bentuk Baharu yang Simbolik

Reka bentuk jersi ini diinspirasikan oleh elemen Harimau Malaya, menonjolkan identiti dan sejarah bola sepak negara, serta menjadi lambang perpaduan bagi semua peminat Harimau Malaya.

Teknologi Prestasi

Dilengkapi teknologi penyerapan peluh DRYCELL daripada PUMA bagi memastikan pemain dan peminat kekal kering serta selesa, sama ada di atas padang atau di ruang penonton.

Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 Dilancarkan PUMA, Ini Inovasi Yang Anda Perlu Tahu

Bahan Lestari

Sebagai sebahagian daripada inisiatif RE:FIBRE PUMA, Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ini diperbuat daripada sekurang-kurangnya 95% bahan kitar semula, tanpa menjejaskan kualiti.

Jersi Ketiga PUMA x FAM Harimau Malaya kini boleh didapati pada harga RM319 di PUMA.com, Kedai PUMA, serta kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.