Salah satu kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr berjaya mendapatkan khidmat salah seorang penyerang muda terbaik dunia ketika ini iaitu Jhon Duran pada jendela perpindahan musim sejuk yang baru ditutup baru-baru ini.
Perpindahan Duran yang berusia 21 tahun mengejutkan ramai pihak memandangkan beliau masih muda dan beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Aston Villa.
Baca Juga:
- Ini 10 Pembelian Termahal Dilakukan Kelab Arab Saudi
- Pecahan Gaji Baharu Cristiano Ronaldo Bersama Al-Nassr
- Lutut Kiri Tak Boleh Bengkok, Ramai Anggap Karier Neymar Sudah Berakhir
Jhon Duran Mahu Tinggal Di Bahrain
Selepas memuktamadkan perpindahan ke Al-Nassr, Duran dilaporkan lebih memilih untuk tinggal di Bahrain berbanding Arab Saudi dan beliau mempunyai alasan tersendiri mengenai perkara ini.
Menurut pemain itu, beliau mahu tinggal bersama teman wanitanya yang mana perkara tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang Islam yang diterapkan Saudi untuk pasangan yang belum berkahwin tinggal bersama.
Menurut laporan, apabila seseorang mahu menyewa hartanah, tuan tanah sebagai pemilik mempunyai hak untuk meminta bukti perkahwinan terlebih dahulu.
Yang menjadi masalah, Riyadh, ibu negara Arab Saudi, terletak lebih 300 kilometer jauhnya dan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain akan mengambil masa satu jam 20 minit – bermakna perjalanan perjalanan yang agak panjang bagi Jhon Duran untuk ke sesi latihan.
Hanya seorang pemain yang diberikan keistimewaan untuk tinggal bersama pasangan walaupun mereka belum berkahwin di Arab saudi. Orang itu ialah Cristiano Ronaldo yang mana beliau diberikan kebenaran untuk tinggal bersama teman wanitanya iaitu Georgina Rodríguez.

Sebelum ini, dua bekas ketua pasukan liverpool iaitu Steven Gerrard dan Jordan Henderson memilih untuk menetap di Bahrain apabila mereka berpindah ke Al Ettifaq.
Akan tetapi, jarak rumah mereka ke padang latihan hanya satu jam memandu, berbeza dengan apa yang bakal dihadapi oleh Duran sekiranya beliau berpindah ke Bahrain.
Ketika beraksi bersama Aston Villa, Duran menjaringkan 12 gol dalam 29 penampilan dalam semua kejohanan musim ini.