Di Sabah, lelaki Islam yang menggoda wanita yang sudah berkahwin akan menerima padah di bawah enakmen Mahkamah Negeri (MAN) Sabah, lapor Sinar Harian.

Malah denda yang dikenakan kepada pesalah lebih besar di bawah enakmen MAN Sabah jika melibatkan perbuatan seorang lelaki memikat isteri orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, yang pada masa yang sama memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah, baru-baru ini memberi penerangan mengenai peruntukan undang-undang yang terdapat di bawah Enakmen Mahkamah Syariah Sabah.

Menurut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Sabah mempunyai rangka kerja undang-undang khusus, seperti Seksyen 86 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 dan enakmen MAN.

Tambahnya lagi, enakmen ini menggariskan hukuman yang lebih berat, termasuk tiga ekor ternakan dan jika peraturan tidak dipatuhi boleh menyebabkan hukuman penjara 18 bulan atau denda RM3,000.

Menteri berkongsi pandangan ini dengan pemberita selepas melawat Mahkamah Syariah di Kota Kinabalu, Likas, pada Selasa.

Sumber