Menjadi perkara biasa pada masa kini penjual makanan atau pakaian mendapatkan khidmat artis untuk mempromosi produk masing-masing di media sosial.

Namun, ada sebahagian individu bergelar artis yang didakwa sengaja meminta produk secara percuma kepada pemilik bisnes atas alasan mahu memberi publisiti di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: FB Jihani Azhar

Namun, seorang penjual kek mendedahkan mereka boleh sahaja memberikan kek bertingkat-tingkat jika artis tersebut boleh menunaikan ‘pulangan’ yang disenaraikan. Dia memberitahu kebiasaannya hanya pihak artis sahaja yang untung kerana dapat secara percuma walhal penjual terpaksa menanggung pelbagai kos di samping tidak mendapat pulangan yang diharapkan.

Berikut merupakan ‘pulangan’ yang dimahukan jika artis mahu ditaja: –

1. Review mestilah dibuat oleh artis sendiri, tulis dan beri maklum balas yang sewajarnya dalam bentuk gambar atau video kepada pemilik bisnes. Pastikan mempunyai satu hantaran di media sosial khusus buat pemilik bisnes yang sudah menaja mereka.

Dan jangan sesekali hanya menyalin semula apa yang ditulis oleh pembantu peribadi pada setiap gambar yang dimuat naik. Lebih teruk lagi, ada yang menyalin semula ayat yang sama selepas itu pergi tag segala jenama produk yang ditaja dalam satu hantaran.

    • 2. Mestilah memberi jaminan kepada pemilik bisnes untuk menerima pelanggan dan mendapat projek baharu sampai balik modal harga barang yang ditaja hasil daripada review artis itu sendiri.

Hal ini kerana dia berpendapat artis hanya perlu bermodalkan air liur dan juga pengaruh sementara pemilik bisnes terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk tajaan tersebut.

Malah, beliau menekankan bahawa tajaan bukanlah sedekah yang diberikan tanpa mengharapkan balasan. Pemilik bisnes juga perlu mengira kos-kos tertentu bagi memastikan ia setimpal dengan pulangan yang diterima.

Setakat amal jariah, dia lebih selesa memberi kepada orang yang memerlukan berbanding artis yang sudah kaya.

Bukan itu sahaja, beliau mendedahkan bahawa artis-artis juga banyak buat permintaan yang melampau sedangkan sudah diberi percuma oleh pemilik bisnes.

Dalam pada itu, dia memberi jaminan jika dua permintaan ini berjaya ditepati, percayalah pasti semua pemilik bisnes sanggup menaja artis tersebut.

Dia turut memberitahu anda boleh membuat permintaan jika memang berpengaruh besar seperti Khairulaming, Tengku Hassanul, Prince Mateen dan seangkatannya yang pasti memberi pulangan lumayan.