Seawal tahun 1985, Malaysia telah mula menceburi bidang automotif. Jenama sulung dari Malaysia iaitu Proton pada tahun yang sama telah mengeluarkan model pertama mereka iaitu Proton Saga.

Dalam usaha merancakkan lagi industri automotif negara, jenama Perodua telah diperkenalkan pada tahun 1992 menampilkan beberapa model yang ikonik seperti Kancil, Kelisa dan Myvi.

Di sebalik usaha serta kehebatan mereka yang berusaha keras merancakkan industri automotif tanah air, page facebook Malaysian Modders turut berkongsi beberapa kemungkinan sekiranya dua jenama ini tidak dibangunkan.

Pastinya trend pembelian serta pemilihan jenama lain antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Berikut merupakan 12 kemungkinan jika Malaysia tidak membangunkan jenama Proton dan Perodua.

Honda dan Toyota merupakan pilihan utama
2017-Honda-HRV-vs-Toyota-CHR-043
Sumber: autoguide

Seperti negara-negara jiran, jenama seperti Honda dan Toyota pastinya menjadi pilihan kenderaan rakyat Malaysia. Perbezaan dari segi cukai sudah pastinya membuatkan jenama ini lebih mampu milik memandangkan jenama ini hadir dengan harga yang kompetitif berbanding jenama jenama lain.

Mitsubishi mungkin tidak menjadi kegilaan peminat automotif
a59fbdcb9d0bbbc838f51ea93bb3d957
Sumber: Car Throttle

Umum tahu, sedikit sebanyak kegilaan jenama ini hadir disebabkan kerjasama antara Proton dan Mitsubishi. Ketiadaan kerjasama antara dua jenama ini mungkin membuatkan model-model seperti Mitsubishi Lancer Evolution III tidak menjadi kegilaan sehingga kini.

Honda merupakan pilihan peminat automotif

Kuasa enjin daripada jenama ini pastinya didambakan peminat automotif khusnya peminat enjin dengan teknologi VTEC.

Jenama yang kurang popular mungkin mencuba nasib di Malaysia
39564_Mahindra_Scorpio001
Sumber: Overdrive

Sekiranya Malaysia tidak mempunyai jenama automotif tersendiri, berkemungkinan besar lebih banyak peluang jenama-jenama seperti Daewoo, Mahindra atau beberapa lagi jenama dari China mencuba nasib menawarkan kereta mereka dalam pasaran Malaysia

Duti import kenderaan mungkin lebih rendah

Disebabkan ketiadaan jenama tempatan, berkemungkinan kerajaan sedia menawarkan duti import kenderaan yang lebih rendah dalam memudahkan orang ramai memiliki kenderaan. Dalam erti kata lain, jenama-jenama seperti Toyota dan Honda mungkin lebih rendah dan setaraf dengan harga penawaran Proton ketika ini.

Memiliki kereta import bukan lagi lambang kekayaan

Disebabkan ketiadaan jenama tempatan, sudah pastinya mereka yang mahu mendapatkan kereta perlu mendapatkan kereta import. Lambakan kereta import di jalanan secara tidak langsung membuatkan kereta import tidak lagi kelihatan ekslusif dan mewah sebaliknya hanya kereta mewah sahaja yang dikagumi.

Pemilik Honda bukan lagi menjadi ‘rebutan’
IMG-20160609-WA0021-1200×675
Sumber: Hypertune

Sering kali dikongsikan di media sosial dimana pemilik Honda dikaitkan dengan mempunyai aura yang tersendiri yang mampu memikat hati gadis. Sekiranya tiada jenama kenderaan tempatan, berkemungkinan jenama Honda tidak lagi menjadi rebutan sebaliknya jenama Mercedes atau BMW yang menjadi kegilaan para gadis.

Exco kerajaan mungkin lebih memilih jenama buatan Jerman

Disebabkan harga kereta yang rendah, berkemungkinan pihak kerajaan serta exco lebih selesa untuk menggunakan kenderaan buatan Jerman yang jauh lebih eksklusif, mewah dan selesa.

Muncul designer tempatan yang berharap Malaysia juga mampu menghasilkan jenama sendiri

Sudah menjadi lumrah apabila tidak ada, sudah pastinya ramai yang berharap. Begitu juga kemungkinan jika Malaysia tidak mempunyai jenama automotif tersendiri dimana designer kereta tempatan pastinya berharap Malaysia mempunyai kereta dengan jenama sendiri.

Daihatsu akan lebih berkuasa menguasai segmen K-Car

2006_Daihatsu_Mira-Custom_01

Umum tahu Perodua kerapa bekerjasama dengan jenama Daihatsu. Ketiadaan jenama Perodua sudah pastinya membuatkan Daihatsu lebih berkuasa menguasai segmen K-Car dalam menawarkan kereta-kereta dengan saiz kompak.

Oh ya, ketiadaan Perodua bermakna tiada juga model Myvi. Berkemungkinan mereka yang mahukan kereta yang kompak akan berminat untuk memiliki Toyota Passo.

Honda, Toyota dan Daihatsu menjadi pilihan peminat stance.

gZ0rfh

Stance atau dalam bahasa mudahnya kereta yang diubah suai agar posisi tayar dibengkokkan mungkin lebih berminat untuk menggunakan jenama daripada Honda, Toyota dan Daihatsu berikutan harganya yang lebih mampu milik.

Situasi peniaga barangan kenderaan automotif buatan Jepun mungkin berbeza

Sekiranya Malaysia tidak mempunyai jenama kereta sendiri, berkemungkinan kereta buatan Jepun antara yang menjadi pilihan sekaligus barangan gantian dari Jepun menjadi lambakan.

Tular pada minggu lalu apabila Proton X50 dikhabarkan bakal ditawarkan dengan harga serendah RM75,800. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Proton X50 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM75,800?

Lelaki Ini Ditangkap Selepas Membeli Lamborghini Huracan Menggunakan Tabung Bantuan COVID-19