Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe berkongsi keadaan terkini kelab sambil memberi penjelasan mengenai langkah drastik yang diambil oleh beliau sejak kebelakangan ini.
Menurut laporan Sky Sports, Ratcliffe berkongsi sebab mengapa beliau membuat beberapa keputusan yang dianggap kejam dan tidak munasabah sejak mengambil tanggungjawab untuk mengawal operasi kelab.
Baca Juga:
- Manchester United Sasar Kejuaraan EPL Kata Amorim
- Fulham Singkirkan Manchester United Daripada Saingan Piala FA
- Manchester United Akan Turun Menentang Asean All Stars Di KL
Jim Ratcliffe Dedah Keadaan Sebenar Kelab
Menurut Jim, United berdepan risiko kehabisan wang pada Christmas sekiranya tidak mengambil langkah berjimat dengan menamatkan khidmat staf dan penutupan beberapa pejabat.

“Manchester United akan kehabisan wang tunai menjelang akhir tahun ini – menjelang akhir 2025 – selepas saya meletakkan $300 juta (£232.72 juta) dan jika kami tidak membeli pemain baharu pada musim panas.
“Kami sedang berada dalam proses perubahan dan ia adalah tempoh yang tidak selesa dan mengganggu dan saya berasa simpati dengan para peminat.
“Jawapan mudahnya ialah kelab kehabisan wang pada Krismas jika kita tidak melakukan perkara itu,” kata Jim.
Mengenai kualiti pemain yang diambil oleh Man Utd pada tahun-tahun yang lalu, Ratcliffe menegaskan ada pemain yang tidak cukup bagus dan ada yang mungkin mendapat gaji yang berlebihan.
“Ada pemain yang secara dasarnya tidak cukup bagus dan ada juga pemain yang mana kita membayar gaji yang terlalu tinggi. Untuk kita membina skuad yang boleh diharap dan berkualiti akan memakan masa,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Jim Ratcliffe memberikan sokongan sepenuhnya terhadap pengendali pasukan iaitu Ruben Amorim meskipun pasukan menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan setakat ini.
“Saya beritahu Ruben dia telah melakukan kerja yang cemerlang. Saya suka dengan Ruben.
“Saya fikir dalam keadaan itu. Maksud saya dia tiba pada pertengahan musim, dia tidak mempunyai masa untuk melatih pemainnya mengikut cara yang dia mahu bermain, dia mewarisi skuad yang dia tidak mempunyai pengaruh, dan skuad itu tidak semestinya direka untuk cara dia bermain bola sepak.
“Bahasa Inggeris bukanlah bahasa semula jadinya sebelum ini, dan dia tidak pernah bermain dalam Liga Perdana. Akan tetapi dia menguruskan kelab terbesar di dunia, dan ia adalah tempat yang sukar, dan dia seorang lelaki muda,”ujarnya.